Searching...

Konspirasi Di Sebalik Peperangan Antara Ahlussunnah VS Syiah


Mujahidin telah mengambil alih kawasan timur Ghuthah (Ghuthah Syarqiyyah) tepi Damaskus. Sedangkan di Ghuthah pada bahagian barat dan utara, pasukan tentera Assad sedang mengawal kubu Basyar Assad dan markas tentera induk (jabal Qasiun dan Jabal Mazeh). Di dalam hadis ada menyatakan bahawa di kawasan timur Ghuthah kelak akan berkumpulnya orang-orang terbaik dari para pejuang Islam.

Gambar di atas merujuk kepada peta pertempuran ibu kota Syria (Damaskus). Rujuk petunjuknya di bawah:
  • Warna Merah: Kawasan Damaskus yang dikuasai pasukan Syiah. 
  • Warna Hijau: Kawasan Damaskus yang dikuasai Mujahidin dan Muslim Syria. 

Hadis tentang akhir zaman:

"Akan ada nanti tentera yang berjuang di Syam, tentera yang berjuang di Iraq dan tentera yang berjuang di Yaman". Rasulullah S.A.W ditanya, "Kemanakah saya perlu bergabung?" "Pergilah ke Syam." [HR Abu Dawud].

Dalam riwayat yang lain ada mengatakan: "... Sesungguhnya malaikat membentangkan sayapnya di negeri tersebut." [Sahih At-Tirmidzi].

Segala keberkatan terdapat di negeri tersebut. Inilah Syam dan bahwasanya Rasulullah S.A.W telah bersabda, "Ketahuilah bahawa sesungguhnya Iman itu sebenarnya berada di Syam ketika terjadinya Fitnah." [HR. Ahmad no.21781].

Beberapa orang mungkin bingung tentang apa yang terjadi di Syria. Adakah ini peperangan antara "Ahlussunnah VS Syiah" atau "rakyat vs rejim"?

Sebagai seorang Muslim, kita harus memerhatikan peperangan ini dari segi pandangan Islam di mana keseluruhan bukti yang ada telah jelas menunjukkan fakta pembunuhan dan penyeksaan terhadap saudara-saudara seaqidah dengan kita di Syria yang dilakukan oleh orang-orang Syiah (tentera Basyar Assad). Berdasarkan pandangan tersebut, maka dengan ini dapat disimpulkan bahawa peperangan ini merupakan peperangan antara, "Umat Islam VS Umat Syiah". 

Namun kaum penganut Syiah dan saudara sekutunya iaitu Zionis Israel mempunyai pandangan tersendiri. Mereka selalu mengatakan bahawa ini adalah peperangan di antara, "pemerintah Syria (rejim Basyar Assad) VS Pemberontak Syria (Terrorist)". Ini tidak benar. Dan ada pula penganut Syiah di Malaysia yang suka bertaqiyya dan mahukan Syiah-Sunni bersatu, dengan mengatakan bahawa peperangan tersebut merupakan peperangan antara Wahabi (kaum Nasibi dari Arab Saudi) dan sekutu Zionis Israel VS Rakyat Syria yang menyokong Basyar Assad. Ini pula lagilah mengarut!


Fakta Persekitaran:

Seluruh pemimpin dalam tentera Assad adalah orang-orang Syiah. Hatta para juruterbang, secara keseluruhannya merupakan penganut Syiah. Kewujudan Ahlussunnah dalam tentera rejim Assad adalah hampir mustahil atau kalau ada pun cuma segelintir disebabkan keperluan yang wajib ada bagi ketenteraan dalam negara Syria. Jadi, mereka yang berada di sana dalam keadaan terpaksa. Mereka ditempatkan di bahagian unit perkhidmatan awam atau di barisan yang paling belakang, bukan di barisan hadapan. Para pemuda Muslim Ahlusunnah yang menjalani wajib ketenteraan ini di sana diperlakukan dengan sebegitu keras. Mereka diharamkan untuk bersolat dan beribadah, tetapi diharuskan untuk tunduk kepada Basyar Al-Assad yang penganut agama Syiah Nushairiyah Alawiyah (ini sudah terjadi 40 tahun lamanya). Rejim Basyar Assad tidak akan sesekali membiarkan seseorang tentera Muslim Ahlussunnah berada di barisan hadapan ketenteraan rejim.

Namun demikian, kekerasan tersebut tidak menyurutkan fitrah mereka sebagai seorang Muslim yang sebenar-benarnya. Terbukti, mereka berselang-seli membelot Basyar Assad dan bergabung dengan Mujahidin di barisan hadapan. Mereka membelot dalam jumlah yang besar, sebagaimana terjadi di Hama pada awal Revolusi Syria, dan kemudian diikuti pula di wilayah-wilayah lain.

Tidak semua tentera rejim Ahlussunnah mempunyai peluang untuk membelot. Mereka yang tertangkap kerana membelot, akan dilaksanakan hukuman mati di hadapan umum dan cara ini telah dijalankan selama 2 tahun ini. 

Memang tidak semua Ahlussunnah itu baik, sebagaimana mereka di beberapa negara lain. Ada pula dalam segelintir tentera rejim Syria yang mengaku Muslim namun tidak mengenal Allah dan agamanya dengan baik, sehingga mereka mahu tunduk kepada rejim yang zalim. Jadi, mereka benar-benar berperang dan mati demi membela Basyar Al-Assad. Namun begitu, golongan ini sangatlah sedikit.

Tentera Basyar Assad dikuasai oleh tentera asal yang menetap di kawasan Syiah di Syria (dari perkampungan Nible, Zahra, Qirdaha), Iraq (dari kawasan Diala) dan Lebanon (dari kawasan Dahia).

Jika kita mengatakan ini adalah peperangan di antara, "Ahlussunnah VS Syiah" juga tidak benar, kerana di belakang Syiah ada sikap 'diam-diam ubi' Amerika, senjata-senjata mutakhir dari Russia, sokongan negara-negara Eropah serta musuh-musuh Islam yang lainnya. Maka dengan ini yang sebetul-betulnya adalah peperangan di antara "Islam VS Anti-Islam"!

Oleh sebab itu, adalah salah jika kita mengatakan FSA mendapat sokongan daripada salah satu di antara mereka yakni musuh-musuh Islam tersebut. 

Isu yang mengatakan bahawa ini adalah perang rejim VS pemberontak, hanyalah merupakan propaganda pihak Media Barat dan Syiah yang bertujuan untuk menghilangkan simpati kaum Muslimin terhadap apa yang terjadi pada saudara-saudara Muslim di Syria. Namun begitu, tuduhan keliru daripada mereka yang termakan hasutan Media Barat itu tidak akan mengubah kenyataan yang sebenarnya.

Basyar Assad merupakan pemerintah Syria yang berpenganut Syiah Nushairiah (Batiniah) dan memiliki tentera-tenteranya untuk menyerang kota-kota kaum Muslimin Ahlussunnah. Sedangkan di kawasan penduduk Syiah di Syria, mereka hidup dalam keadaan aman dan damai seakan-akan tidak pernah berlaku apa-apa pun peperangan. Sementara itu, mereka yang disebut sebagai pemberontak adalah rakyat yang tidak tahan melihat keluarganya ditindas dan dibantai oleh rejim Basyar Assad.

Ini adalah kenyataan. Dan tidak ada pandangan-pandangan lain terhadap apa-apa pun yang boleh mengubah kenyataan ini. 

Di Syria terdapat banyak kelompok Mujahidin (bukan hanya FSA, tetapi mereka juga adalah Ahrar Syam, Liwa' Tauhid, Jabhat Al Nushrah, dan lain-lain lagi). Dan setiap kelompok, terbahagi kepada brigade-brigade tertentu. Tidak lupa, beberapa kelompok itu membentuk pasukan gabungan dalam melancarkan suatu operasi atau serangan. 

Untuk Syiah yang membelot Basyar Assad, rakyat Nashara (Kristian) serta kaum sekuler yang menyokong revolusi, mereka bergabung dengan FSA dan tetap di bawah perintah seorang Pemimpin Muslim. 

Rakyat Palestin tinggal di Pusat Perlindungan Yarmouk di selatan kota Damaskus telah bergabung dalam revolusi ini bersama Muslim Syria untuk melawan tentera Syiah selama dua tahun ini. Mereka berjuang bersama-sama membantu FSA. Itu sebabnya Basyar Assad menghukum mereka dengan melancarkan serangan terhadap hospital pusat perlindungan Palestin di Yarmouk sewaktu ramai orang berada di dalam hospital tersebut.

Dan apa yang dikatakan oleh Basyar Al-Assad berkaitan dengan serangan tersebut..? Dia mengatakan, "Ini adalah hukuman bagi para pemberontak!"

Bagi rakyat Palestin yang bergabung dalam revolusi ini melawan rejim Syiah Assad, Hizbussyaiton dan Iran, ini bukanlah perkara yang mengejutkan. Dan para pengikut Ahlussunnah Palestin itu telah berulang-ulang kali mengatakan, "kami adalah Muslim dan kami berjuang untuk menolong saudara-saudara kami yang dizalimi dan ditindas. Semoga Allah memberikan kemenangan dengan segera terhadap saudara-saudara kami di Syria."

Istilah [Sunni] adalah datang daripada kata-kata orang Syiah yang ditujukan kepada Ahlussunnah bertujuan untuk memecah-belahkan persaudaraan dalam kalangan pengikut Ahlussunnah. Puak-puak Syiah mencipta istilah "Sunni", kemudian mereka menyebarkan fitnah "Wahabi" dengan mengatakan orang-orang dari Arab Saudi, Qatar, UAE dan sebagainya adalah kaum nasibi yang mendapatkan bantuan dari Amerika dan Israel. Imam-imam atau tokoh-tokoh pengikut Syiah telah meracuni pemikiran pengikut-pengikutnya agar sentiasa menyalahkan orang-orang Wahabi terhadap penindasan yang berlaku di Syria. 

Oleh sebab itu, mari kita hentikan penggunaan istilah "Sunni". Gunakan istilah Ahlussunnah atau Muslim, itu saja...

Rujuk klip video ceramah daripada Dr Maza yang bertajuk, Adakah boleh mengkafirkan Syiah?


Wallahua'lam.

Memuat...
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 Orang Komen Membina:

Catat Ulasan

 

Jumlah Pelawat

Copyright © 2013. Nukeufo89's Blog - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger