Searching...

Gambaran Di Syria Pada Hari Ini Berdasarkan Peta Jajahan Takluk Ahlussunnah VS Syiah

Dengan rahmat Allah S.W.T dan keberkatan dari-Nya, peta di atas menunjukkan gambaran di Syria pada hari ini dengan berdasarkan pada peta yang dilabel sebagai jajahan takluk Ahlussunnah VS Syiah. Berikut adalah petunjuk pada gambar peta di atas:
  • Hijau: Merujuk kepada Negeri/Daerah yang berada di bawah jajahan Mujahidin.
  • MerahMerujuk kepada Negeri/Daerah yang berada di bawah jajahan rejim Syiah Assad.
  • Biru: Daerah yang sedang bergolak yakni konflik antara rejim Syiah Assad dan Mujahidin.

Mujahidin telah menguasai lebih 75% wilayah di Syria. Insya Allah, dengan segera mereka akan menguasai keseluruhan negara Syria suatu hari nanti.

Bagi pihak media yang masih mengatakan bahawa Mujahidin adalah pemberontak, kami menyeru anda semua agar berhentilah daripada memanggil mereka sebagai pemberontak seperti mana yang telah dilaporkan oleh media massa sebelum-sebelum ini. Tunjukkanlah rasa hormat kita kepada Mujahidin Syria dengan berterusan memberikan sokongan dan sumbangan doa demi kejayaan mereka di sana kerana tidak lama lagi, insya Allah mereka akan mengambil alih negara kelahiran dan tempat tumpah darah mereka dan kita perlu menjaga hubungan baik dengan kerajaan Syria yang baru akan datang.

Insya Allah dengan segera, para Mujahidin Syria akan mengambil alih negara mereka dari tangan rejim Syiah Assad.

Mujahidin melaporkan bahawa serangan secara mengejut dan mendadak dilakukan oleh Mujahidin di barat Syria (Lattakia) pada sebelumnya bertujuan untuk menghentikan impian Syiah yang disebut sebagai, "Strategi Mendirikan Negara Syiah yang kedua Selepas Iran" yakni mewujudkan negara mereka yang dipanggil negara Syiah yang baru dengan membentuk kawasan jajahan merah sebaris pada peta dari Iraq ke Homs sehingga ke kawasan laut di Lattakia.

Kini Mujahidin masih terus berjihad menawan kawasan-kawasan Syiah di Lattakia dan sekitarnya, Insya Allah dalam waktu yang terdekat ini akan datang, Mujahidin dengan cepat dapat menguasai keseluruhan negara Syria, menghentikan ketidaktamadunan rejim Syiah Assad dan sekutu-sekutu mereka di Syria, lalu bersama-sama dengan Mujahidin dari seluruh dunia berangkat ke Palestin untuk membebaskan bumi Palestin dari cengkaman penjajah Zionis Yahudi. 

Secepat-cepat masa berlalu (pejam celik - pejam celik), sudah tiba masanya Imam Mahdi akan muncul di Syria bergabung bersama Mujahidin lalu berangkat ke Palestin dan bergabung bersama Mujahidin di Palestin untuk memerangi Yahudi Zionis laknatullah dan seterusnya memerangi Dajjal yang akan muncul di Isfahan, Iran. Wallahua'lam.

Memuat...
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 Orang Komen Membina:

Catat Ulasan

 

Jumlah Pelawat

Copyright © 2013. Nukeufo89's Blog - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger