Searching...

Rasulullah S.A.W Menjelaskan Kepada Kita Tentang Nasib Orang yang Suka Menyakiti Orang Lain


Rasulullah S.A.W merupakan contoh teladan yang cemerlang dalam menghapuskan akar kejahatan, kebencian dan permusuhan dalam hati manusia ketika baginda menjelaskan kepada kaum muslimin tentang nasib orang yang suka menyakiti orang lain. Kita akan mendapati bahawa semua umpatan, kata nista dan serangan melalui lidahnya itu akan menghapuskan semua amal kebajikan yang telah kita lakukan sepanjang hidup, kita sama sekali akan rugi, dan tidak mendapat perlindungan dari api neraka pada hari kiamat kelak.

Rasulullah S.A.W bersabda:

"Tahukah kamu siapakah orang yang binasa?" Mereka berkata, "Orang yang tidak mempunyai harta atau wang, ya Rasulullah." Baginda berkata, "Orang yang binasa dalam kalangan umatku ialah orang yang datang pada hari kiamat dengan solat, puasa dan zakat, tetapi dia telah mencaci orang ini, mengumpat orang itu, memakan harta orang ini, menumpahkan darah orang itu, dan memukul orang ini. Maka sebahagian daripada amal kebajikannya diberikan kepada orang yang dianiayainya dan jika amal kebajikannya itu telah habis sebelum selesai dia dihisab, maka dosa-dosa mangsanya itu akan diberikan pula kepadanya, kemudian dia akan dicampakkan ke dalam neraka Jahannam." [Hadis Riwayat Muslim].

Sungguh berat nasib orang yang suka menyakiti orang lain dengan pelbagai cara selagi orang yang menyakitinya itu tidak dibalas semasa di dunia lagi. Maka di akhirat kelak akan diterima azab seberat-beratnya yang kita sendiri tidak dapat nak bayangkan.

Oleh sebab itu, tidaklah mengejutkan jika semua perbuatan buruk tersebut dijauhi daripada hidup muslim sejati. Bergaduh dan bertengkar yang boleh membawa kepada menyumpah, memaki dan melaknat lawannya sangat jarang berlaku dalam masyarakat Islam yang mengamalkan nilai-nilai murni dan akhlak mulia yang menjadi pegangan asas mereka.

Peribadi dalam sebuah masyarakat Islam yang sebenar adalah yakin benar bahawa mereka akan dihisab ke atas setiap perkataan yang diucapkan. Jika masalah dalam kehidupannya yang menyebabkan dia terlibat dalam pertelingkahan tersebut, maka dia perlu mengawal kemarahannya dan berhati-hati dengan tutur katanya, kerana ia mengingatkan kita tentang sabda Rasulullah S.A.W berikut:

"Dua orang yang saling melaknat antara satu sama lain, orang yang memulakannya berdosa, melainkan jika orang yang dianiaya itu melampaui batas ketika mempertahankan dirinya." [Hadis Riwayat Muslim].

Maka dengan itu, muslim wajiblah menahan lidahnya daripada mengucapkan perkataan laknat dan kotor meskipun dia dihasut, dan dia mengawal kemarahannya agar tidak terjatuh dalam lembah dosa. Justeru, kita perlu berhati-hati agar kita tidak melampaui batas.

Begitulah sikap muslim, bukan sahaja terhadap orang yang hidup bahkan juga terhadap orang yang sudah mati. Dia tidak mengucapkan perkataan sedemikian sebagaimana yang biasa diucapkan oleh orang-orang jahil yang bukan sahaja mengumpat orang yang masih hidup bahkan meneruskan permusuhannya terhadap orang yang sudah mati juga. 

Rasulullah S.A.W bersabda:

"Janganlah mengucapkan perkataan yang buruk terhadap orang yang sudah mati. Sesungguhnya mereka akan mendapat apa yang telah mereka lakukan di dunia ini." [Hadis Riwayat Bukhari].

Larangan Mengkafirkan Atau Menuduh Orang Lain.

Muslim yang menahan lidahnya daripada menyumpah, mencaci dan mengucapkan kata-kata kesat juga melindungi dirinya daripada perkara yang lebih dahsyat daripada itu, iaitu menuduh dengan tuduhan tidak berasas bahawa seseorang itu kafir atau fasik. Rasulullah S.A.W menjanjikan bahawa jika seseorang itu menuduh orang yang tidak bersalah dengan tuduhan tersebut, maka tuduhan itu akan kembali kepada dirinya dan dia akan memikul bebanan dosa yang berat:

Rasulullah S.A.W bersabda:

"Tidak ada seorang pun yang menuduh orang lain fasik atau kafir melainkan tuduhan itu akan kembali kepada dirinya sendiri sekiranya ia tidak benar."

Fikir-fikirkanlah, renung-renungkanlah dan selamat beramal dengan sunnah Nabi S.A.W. Wallahua'lam.

Memuat...
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

1 Orang Komen Membina:

  1. Dicampak ke api neraka, sudah cukup ngeri dah tu

    Selebriti Gila Siot - Puisi Noor Dayana Untuk Ashraf Muslim Yang Berkahwin Sembunyi Di Thailand

    Read more: http://gilasiot.blogspot.com/2013/07/selebriti-gila-siot-puisi-noor-dayana.html
    Supports http://gilasiot.blogspot.com untuk lebih banyak artikel yang Betul Betul Siot!
    Follow us: @yuyuzaza on Twitter | MingHuiRaingerzAwesomeCollections on Facebook

    BalasPadam

 

Jumlah Pelawat

Copyright © 2013. Nukeufo89's Blog - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger