Searching...

Pandangan Islam Terhadap Wanita Dalam Hubungan Perkahwinannya


Pandangan Islam terhadap wanita dalam hubungan perkahwinannya perlulah dititikberatkan dalam soal kehidupan harian agar hubungan antara suami dan isteri terjalin sentiasa di bawah perlindungan, kehendak dan keredhaan Allah S.W.T. Perkahwinan dalam Islam menenangkan jiwa dan menjadi ketenangan di hati, agar lelaki dan wanita itu dapat tinggal bersama dalam suasana cinta, belas kasihan, harmoni, bekerjasama, saling nasihat menasihati, toleransi dan menjadi asas bagi melahirkan keluarga muslim dalam suasana yang baik dan terdidik.

Al-Qur'an telah menerangkan dengan jelas tentang hubungan yang wajar dan abadi di antara lelaki dengan wanita ini yang penuh dengan ketenangan, keselamatan, cinta, pemahaman dan kasih sayang. Firman Allah S.W.T:

وَمِنْ آيَاتِهِ أَنْ خَلَقَ لَكُم مِّنْ أَنفُسِكُمْ أَزْوَاجاً لِّتَسْكُنُوا إِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُم مَّوَدَّةً وَرَحْمَةً إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآيَاتٍ لِّقَوْمٍ 

يَتَفَكَّرُونَ

Maksudnya: "Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir." [Surah Ar-Rum ayat 21].

Perkahwinan ialah penyatuan dua jiwa mengikut pengertiannya yang paling dalam. Allah S.W.T menyatukan dua jiwa supaya mereka dapat menikmati ketenangan dan kestabilan dalam kediaman rumahtangga yang dipenuhi dengan cinta suci, kasih sayang dan perasaan belas kasihan antara suami dan isteri.

Dalam Islam, wanita yang soleh dianggap sebagai barang perhiasan duniawi dan merupakan anugerah yang paling besar buat lelaki kerana apabila si lelaki itu pulang ke rumah, dia dapat berehat daripada kesibukan kerjayanya atau perjuangan hidupnya. Maka isterinya yang akan menjadi orang yang menenangkan dan menghiburkannya. Rasulullah S.A.W bersabda:

"Dunia ini hanya sementara, dan perhiasan yang paling baik adalah wanita solehah." [HR Muslim].


Berikut saya paparkan print screen status Ustaz Don Daniyal di atas diambil dari laman sosial facebook sebagai peringatan bahawa si suami mempunyai hati dan perasaan yang perlu dijaga oleh si isteri agar hubungan cinta tidak akan pernah luntur sehingga ke akhir hayat. Isteri jangan sesekali memarahi, menyindir, atau mendesak si suami dengan hal yang remeh-temeh kerana disebabkan hal yang remehlah boleh menjadi masalah besar bagi si suami itu. Disebabkan hendak menyuruh si suami melakukan perkara sunat, perkara yang wajib bagi si isteri tergadai sia-sia sahaja. Dari situlah si suami berkecil hati terhadap perangai si isteri itu. Senang-senang boleh dapat gelaran isteri derhaka pula? Tak ke begitu?

Berikut saya senaraikan tanggungjawab si isteri terhadap si suami:
  1. Taat dan hormat kepada suami.
  2. Menjaga maruah suami.
  3. Memberi layanan yang baik.
  4. Memuaskan hati suami  dan menyenangkan pada bila-bila masa.
  5. Menjaga dan membelanjakan harta suami dengan sebaiknya.
  6. Tidak keluar rumah tanpa izin.
  7. Tidak mendedahkan kelemahan suami.

Seorang wanita memang mudah masuk ke syurga berbanding lelaki. Ini kerana, jika seorang wanita itu betul-betul ikut apa yang telah ditetapkan dalam garis panduan agama islam. Syurga adalah tempatnya. Berdasarkan hadis di bawah:

Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: "Apabila seseorang wanita melakukan solat lima waktu, puasa Ramadan, memelihara maruahnya, dan taat suami, maka masuklah mana-mana pintu syurga yang kamu kehendaki." (H.R. Ahmad dan Tabrani).

Berikut saya paparkan klip video ceramah mengenai orang perempuan yang begitu mudah hendak masuk syurga yang disampaikan oleh Ustaz Haslin:


Berbanding dengan lelaki, banyak yang perlu ditanya sebelum masuk ke syurga. Allah S.W.T akan tanya mengenai anak-anaknya, isteri-isterinya, berkenaan apa yang dibuat semasa hayatnya, jihadnya ke mana dan sebagainya. Macam-macam lagi pertanyaan Allah terhadap seorang lelaki.

Kadang-kadang, hal-hal yang ditegur oleh si isteri itu sememangnya merupakan hal-hal kebaikan yakni perkara sunat, tetapi kalau cara tegur itu tidak kena pada tempatnya, maka si suami tidak akan bertolak ansur dengan perangai si isteri itu. Jadi, si isteri perlulah mengambil langkah berjaga-jaga yakni dengan menjaga hati si suami itu, sebagai contoh kalau hendak mengajak (bukan menyuruh) si suami itu mengerjakan perkara kebaikan atau perbuatan sunat, hendaklah dimulai dengan belaian atau usikan manja si isteri dahulu terhadap si suami itu. 

Apabila si suami mendapat respon yang positif daripada si isteri itu, maka si isteri perlulah ada sifat memberi, yakni memberi galakan dan sokongan seperti ajak-ajak ayam terhadap si suami itu mengenai perkara kebaikan yang si isteri mahu si suami itu laksanakan. Tahu tak, apa maksud ajak-ajak ayam? Iaitu ajak secara acuk tak acuh. Jangan memaksa si suami walaupun dengan menyuruh melakukan kebaikan dan melarang kemungkaran kerana itu bukan tanggungjawab si isteri! Ingat! Di padang mahsyar, si isteri tidak akan dipersoalkan mengenai suruhan terhadap si suaminya dalam mengerjakan kebaikan dan melarang kemungkaran!

Oleh itu, Islam menganggap institusi perkahwinan sangat mulia yakni, lelaki berhak dihormati/ditaati dan dilayani. Manakala wanita pula berhak dipertanggungjawab dan dipimpin oleh lelaki dengan sebaik-baiknya. Firman Allah S.W.T:

لرِّجَالُ قَوَّامُونَ عَلَى النِّسَاء بِمَا فَضَّلَ اللّهُ بَعْضَهُمْ عَلَى بَعْضٍ وَبِمَا أَنفَقُواْ مِنْ أَمْوَالِهِمْ فَالصَّالِحَاتُ قَانِتَاتٌ 

حَافِظَاتٌ لِّلْغَيْبِ بِمَا حَفِظَ اللّهُ وَاللاَّتِي تَخَافُونَ نُشُوزَهُنَّ فَعِظُوهُنَّ وَاهْجُرُوهُنَّ فِي الْمَضَاجِعِ وَاضْرِبُوهُنَّ فَإِنْ 

أَطَعْنَكُمْ فَلاَ تَبْغُواْ عَلَيْهِنَّ سَبِيلاً إِنَّ اللّهَ كَانَ عَلِيّاً كَبِيراً

Maksudnya: "Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka. Maka perempuan-perempuan yang soleh itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemuliharaan Allah dan pertolonganNya. Dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka, dan (jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka di tempat tidur, dan (kalau juga mereka masih degil) pukullah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya). Kemudian jika mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi, lagi Maha Besar." [Surah An-Nisa' ayat 34].

Silalah hayati klip video lagu yang dinyanyikan oleh Allahyarham Ustaz Jefri Al-Buchori yang bertajuk, "Bidadari Surga." Khas buat kaum wanita yang hendak dijadikan isteri bagi kaum lelaki:


Wallahua'lam.

Memuat...
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 Orang Komen Membina:

Catat Ulasan

 

Jumlah Pelawat

Copyright © 2013. Nukeufo89's Blog - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger