Searching...

Inilah Alasannya Mengapa 'Mereka' Mahu Menggulingkan Dr Muhammad Mursi, Presiden Mesir

Inilah alasannya mengapa 'Mereka' mahu menggulingkan Dr Muhammad Mursi, Presiden Mesir yang telah dipilih oleh rakyatnya melalui pilihan raya secara bersih, adil dan saksama pada tahun lepas. Rujuk klip video berkenaan di bawah. Kerana apa? Kerana Dr Muhammad Mursi mahu membebaskan Gaza, Palestin dari cengkaman Zionis Israel. Fakta lain pula, Dr Muhammad Mursi adalah seorang Hafiz Al-Qur'an.

Berikut adalah kata-kata Presiden Mesir (Dr Mursi) sebelum digulingkan pemerintahannya oleh rejim sekular (boneka musuh):

"Al-Quran adalah undang-undang kami, dan Rasul adalah pemimpin kami. Dan jihad adalah jalan kami. Dan mati syahid fisabilillah adalah cita-cita mulia kami. Dan di atas semua itu, Allah adalah tujuan kami." 

Seterusnya, "Tidak ada kebaikan dalam umat ini, keberkatan, dan tidak ada kebangkitan kecuali dengan syariat Islam."

Terakhir, "Dan saya bersumpah kepada Allah dan kemudian pada kalian semua, untuk menutup mata pada Undang-undang Negara Sekular. Dan akan benar-benar menjalankan 'Nas' Allah... (undang-undang Allah). Insya Allah. Semua ini dengan persetujuan rakyat Mesir, para Ulama' dan tokoh-tokoh masyarakat."

Berikut adalah klip video yang hendak diketengahkan (dari facebook):


Atau yang di bawah pula (dari youtube):


Dan ini pula adalah rahsia peribadi beliau yang selama ini kita belum pernah ketahui. Oleh itu, kebenaran perlu ditegakkan, Dr Muhammad Mursi adalah seorang:
  1. Presiden Arab pertama yang telah dilantik oleh rakyatnya.
  2. Presiden awam yang pertama.
  3. Presiden Arab pertama yang menghafal seluruh juzuk (isi) Al-Qur'an.
  4. Presiden Arab pertama dari pihak parti Islam (Parti Ikhwanul Muslimin).
  5. Presiden Arab pertama yang membenarkan orang ramai bebas untuk mengkritik beliau secara terbuka. Dengan demikian, terdapat lebih 30 saluran di Mesir yang menghina beliau siang dan malam.
  6. Presiden pertama yang berjabat tangan dengan pengawal penjara sebelum ini.
  7. Presiden Arab pertama yang melarang meletakkan gambar beliau di bangunan-bangunan kerajaan.
  8. Presiden Arab pertama yang tinggal di sebuah apartmen yang disewa dan menerima gaji biasa seperti mana-mana pekerja awam Mesir yang lainnya.
  9. Presiden Arab pertama yang membawa keluarganya keluar bercuti pada hari cuti atas kos tanggungan sendiri.

Sejarah akan menilai terhadap peribadi sebenar Dr Mursi ini, sama ada beliau mempunyai kesilapan atau tidak, beliau setakat ini merupakan pemimpin Arab yang terbaik, jika dibandingkan dengan mana-mana pemimpin dari segenap pelusuk dunia yang lain, maka anda akan tahu dengan sendirinya.

Justeru, kita perlu tahu bahawa beliau bukanlah seperti pemimpin-pemimpin yang mengambil duit rakyat dan memasukkan ke dalam poketnya sendiri! Ini merupakan fakta, dan bukannya auta! Perkara sebeginilah yang sukar hendak dilakukan oleh pemimpin-pemimpin kita di bumi Malaysia yang bertuah ini! Wallahua'lam.

Memuat...
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 Orang Komen Membina:

Catat Ulasan

 

Jumlah Pelawat

Copyright © 2013. Nukeufo89's Blog - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger