Searching...

[TERKINI] Berita Menyedihkan, Berita Sebelumnya, Dan Berita Menjelang Subuh Dari Al Qusayr

Kini, situasi di [Al Qusayr] sangat getir dan pertempuran antara tentera Mujahidin Syria dan tentera Hizbullah (Hizbussyaiton) semakin sengit. Seperti yang telah saya perkatakan dalam entri lepas yang bertajuk, [Terkini, Dari Kota Al Qusayr], pertempuran di sana belum ada kesudahannya lagi sehingga sekarang.

Dengan berat hati dan penuh pilu, kami (Syria Care) menyampaikan berita terkini seperti berikut; Mujahidin telah kalah di Al Qusayr tapi ini bukan bermakna pertempuran mereka telah berakhir. Kita telah kehilangan terlalu banyak Mujahidin dan penduduk awam. Tentera Hizbullah telah berjaya mengambil alih wilayah Al Qusayr.

Mari kita sama-sama berdoa semoga Allah mengubah takdir ini secepatnya dan mendoakan keselamatan saudara-saudara seaqidah dengan kita disana. 

Terimalah kekalahan ini dengan hati yang redha tapi jangan ada yang menyerah kalah. Islam pasti akan bangkit semula. Insya Allah.

Firman Allah S.W.T:

قَدْ كَانَ لَكُمْ آيَةٌ فِي فِئَتَيْنِ الْتَقَتَا فِئَةٌ تُقَاتِلُ فِي سَبِيلِ اللّهِ وَأُخْرَى كَافِرَةٌ يَرَوْنَهُم مِّثْلَيْهِمْ رَأْيَ الْعَيْنِ وَاللّهُ يُؤَيِّدُ بِنَصْرِهِ

 مَن يَشَاءُ إِنَّ فِي ذَلِكَ لَعِبْرَةً لَّأُوْلِي الأَبْصَارِ

Maksudnya: "Sesungguhnya telah ada satu tanda (bukti) bagi kamu pada (peristiwa) dua pasukan yang telah bertemu (di medan perang); satu pasukan (orang-orang Islam) berperang pada jalan Allah (kerana mempertahankan ugama Allah), dan yang satu lagi dari golongan kafir musyrik. Mereka (yang kafir itu) melihat orang-orang Islam dengan pandangan mata biasa - dua kali ramainya berbanding dengan mereka sendiri. Dan Allah sentiasa menguatkan sesiapa yang dikehendakiNya, dengan memberikan pertolonganNya. Sesungguhnya pada peristiwa itu terdapat satu pengajaran yang memberi insaf bagi orang-orang yang berfikiran (yang celik mata hatinya)." (Surah Ali-Imran ayat 13).


Berikut adalah berita mengenai kejadian yang berlaku sebelum daripada keluarnya berita yang menyedihkan sebentar tadi:

Hingga kini, tercatat sebanyak 1,300 orang yang cedera di Al Qushair. Pagi semalam, Rejim Assad dan pasukan Hizbullah berjaya memasuki sebelah selatan Al Qusayr. Namun dengan pertolongan Allah 3 jam yang lalu pasukan mujahidin dan tentera FSA berjaya menempatkan pasukannya dibahagian utara dan mengambil alih kawasan sempadan. Allahu Akbar!

Terhitung sebanyak 134 tentara Assad dan 74 tentara Hizbullah mati. dan tentera yang selebihnya memilih untuk berundur ke bahagian selatan Al Qusayr. Allahu Akbar!

Dilaporkan pertempuran sengit masih terjadi di Qusayr. Semua pasukan mujahidin yang berada di daerah berdekatan dengan Al Qusayr diminta untuk membantu tentera FSA di dalam daerah Al Qusayr dengan menyerang kawasan-kawasan lain untuk mengalihkan perhatian tentara rejim dan tentera Hizbullah.


Berikut adalah berita menjelang Subuh pagi tadi:

Kenyataan tentera FSA dan pasukan Mujahidin yang beroperasi di Al Qusayr yang telah diterjemahkan daripada teks arab ke dalam bahasa Melayu seperti berikut:

"Dini hari tadi, tentera Hizbullah dan pasukan rejim Assad telah melancarkan serangan dari arah selatan, memaksa tentera FSA dan pasukan Mujahidin Syria untuk berundur kerana kekurangan peluru senjata.

Beberapa tentera FSA dan pasukan Mujahidin masih lagi bertahan di lokasi untuk menutupi kemasukan pasukan rejim dan Hizbullah tersebut. Hizbullah dan rejim memasuki kota dan berfikir bahawa mereka telah menang, tetapi  hakikatnya telah terbukti mereka perlu bertempur dengan saki-baki tentera FSA dan pasukan Mujahidin lain yang berada di belakangnya. Kemudian pasukan tentera FSA dan Mujahidin masih mampu lagi untuk memasukkan peluru kembali dan memaksa Hizbullah untuk berundur meninggalkan wilayah selatan.

Kami, FSA dan pasukan Mujahidin di bumi Al Qusayr menolak kenyataan beberapa Media satelit mahupun NC (Ketua Sementara Pakatan Nasional, George Sabra) bahawa Al Qusayr telah jatuh ke tangan rejim Assad.

Kami masih memegang pengendalian terbesar kota tersebut meskipun secara menerobos. Dari sini di tanah kami, kami memegang NC yang bertanggung jawab atas kenyataan yang tidak tepat yang menyebabkan timbulnya reaksi negatif. 

Yang Benar,
FSA dan Pasukan Mujahidin Al Qusayr."

Wallahua'lam. Sumber dari Syria Care.

Memuat...
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 Orang Komen Membina:

Catat Ulasan

 

Jumlah Pelawat

Copyright © 2013. Nukeufo89's Blog - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger