Searching...

Rahsia Disebalik Kemampuan Melihat Kelebihan Pada Orang Lain


Mereka yang mempunyai [sikap positif] sentiasa sayangkan orang lain hasil  daripada melihat kelebihan-kelebihan yang ada pada orang lain tersebut. Mereka tidak ada perasaan cemburu terhadap orang lain! Setiap dari kita mempunyai harapan dan jangkaan apabila berhubung dengan orang lain. Kita boleh memilih untuk melihat yang positif ataupun yang negatif. Selalunya kita akan dapat sesuatu yang positif daripada orang lain apabila kita terlebih dahulu memandang pada kelebihannya.

"Apa yang kita lihat, itulah yang akan kita dapat (what you see, is what you get)."

Oleh itu, orang yang positif akan selalu mendapat hasil yang positif, kesan baiknya adalah pandangan mereka terhadap orang lain. Apabila kita melayan seseorang dengan baik, maka kita akan mendapat kebaikan sebagai balasannya. Sebab itu, penting sekali kita fikirkan apa yang kita inginkan apabila kita berhubung dengan orang lain. Apabila kita memberi satu tugasan misalnya, kita mestilah kena yakin bahawa orang itu akan mampu untuk melaksanakannya. Jangan ada prasangka negatif terhadap seseorang!

Sebab itu, dilarang sama sekali dalam Islam kita berprasangka negatif sama ada kepada Allah S.W.T, kepada orang lain malah turut juga kepada diri sendiri. Orang yang berprasangka negatif itu bermula setelah orang itu memandang seseorang dengan pandangan negatif. Orang yang bersikap sebegini akan sentiasa mendapat hasil yang negatif.

Seorang ibu yang asyik berkata bodoh, jahat dan buruk kepada anaknya, tidak akan mendapat anaknya yang pandai, baik dan cemerlang. Oleh sebab itulah, Islam melarang perbuatan melabel-label orang, lebih-lebih lagi melaknat dalam mendidik anak-anak.

Sebaliknya, jika orang lain yang memandang rendah (negatif) kepada anda, jangan bimbang kerana anda memang yakin akan kemampuan anda sendiri, baca dan rujuk entri lepas yang bertajuk, [Maksud Sebenar Perkataan "Sikap" yang Jarang Diketahui Ramai] dan [Keyakinan Diri yang Tinggi Boleh Menjangkakan yang Terbaik Buat Dirinya dan Diri Orang Lain]. Tegasnya, kita akan merosakkan diri kita sendiri dengan memandang negatif terhadap diri kita sendiri. Dan kita akan merosakkan orang lain dengan memandang negatif terhadap mereka (orang lain). Oleh itu, kita mesti sentiasa bersangka baik kepada diri sendiri dan orang lain. Wallahua'lam.

Memuat...
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

2 Orang Komen Membina:

  1. Terima kasih.. Sharing is caring.. Supaya dapat mempraktikkan dalam kehidupan harian..

    BalasPadam

 

Jumlah Pelawat

Copyright © 2013. Nukeufo89's Blog - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger