Searching...

[GEMPAR] Kegiatan Puak-puak Syiah Terbongkar!

Setelah ajaran puak-puak penganut Syiah terbongkar, boleh rujuk [sini] dan [sini]. Kini, kegiatan puak-puak Syiah pula terbongkar! Mereka (puak-puak Syiah) menggunakan satu-satunya cara yang mereka rasa mungkin mereka boleh lakukan, iaitu dengan menipu. Mereka menerbitkan artikel bertajuk, "Iran, Hamas dan Peperangan Palestin" untuk membersihkan nama Iran yang tercemar. Tetapi Allah Maha Adil dan hanya berpihak kepada kebenaran.

Pemimpin Hamas Syeikh Rae'd Salah (gambar di atas), memberi peringatan kepada Iran dan sekutunya yang berada di Timur, iaitu Hizbullah untuk keluar dari Syria atau  menggantikan namanya (Hizbullah) kepada nama lain, kerana Allah tidak pernah memerintahkan mereka untuk membunuh kaum yang berpegang ajaran Ahlus Sunnah Waal Jamaah.

Sebahagian orang mempercayai Hamas iaitu menerima senjata dari Iran dan  mereka (sebahagian orang) mempersoalkan kunjungan beliau (Hamas) ke Tehran. Dan yang sebenarnya adalah beliau (Hamas) ditawarkan senjata, namun dengan syarat Hamas kena masuk agama anutan puak-puak Syiah. Maka beliau pun menolak tawaran itu sehingga tidak mendapatkan apa-apa bantuan dari Iran. Seperti mana yang berlaku di Bosnia pada sekian lama yang lalu, gambar di bawah menceritakan segala-galanya. Sila rujuk dan baca:




Berikut adalah kata-kata pemimpin Hamas tersebut; "Kami, rakyat Palestin dan Hamas membela saudara-saudara kita di Syria. Dan yang membela Assad sekarang ini adalah Iran. Assad hanyalah boneka kepada Iran. Tanpa Iran, Assad sudah lama mati. Iran membantu Assad melengkapkan kelengkapan perang dengan memberikan dana kepada Assad. Juga yang membantu Assad adalah Hizbullah dan tentera Mahdi Iraq. Apa yang mereka lakukan di Syria adalah pembersihan etnik (seperti mana yang berlaku di Bosnia dan yang terbaru, di Myanmar). Apa yang dilakukan oleh Iran terhadap rakyat Syria di Al-Qusayr melalui Hizbullah juga merupakan pembersihan etnik. Pembersihan etnik keluarga dan saudara-saudara kami, harta-harta benda, tempat-tempat bersejarah dan masa hadapan. Mereka hendak membersihkan bumi Syria daripada kaum yang berfahaman Ahlus Sunnah Waal Jamaah. Dan hal ini bukan rahsia lagi.

Inilah alasan mengapa saya menyeru Hizbullah agar menggantikan namanya. Dia perlu sedar bahawa Allah tidak ada kaitan dengannya, sebagaimana berikut: 
  • Allah tidak pernah memerintahkan untuk membunuh orang yang tak bersalah. 
  • Allah tidak pernah memerintahkan untuk memusnahkan masjid-masjid. 
  • Allah tidak pernah memerintahkan dengan membakar tanaman-tanaman agar manusia mati kelaparan. 
  • Allah tidak pernah memerintahkan dengan memusnahkan dan membakar negeri kaum Muslimin.
  • Allah tidak pernah memerintahkan untuk mengancam rakyat Palestin di Lebanon (lantaran mereka membakar 'bantuan makanan' yang diberikan oleh Hizbullah). 
  • Allah tidak pernah memerintahkan Hizbullah untuk berbuat demikian. Anda menyebut diri "Hizbullah" tapi perilaku anda tidak sesuai dengan nama itu.

Allah memerintahkan umat Islam untuk bersatu, tetapi apa yang dilakukan  oleh Hizbullah adalah bertentangan dengan kehendak Allah. Jika dia (Hizbullah) seperti Assad yang bekerja di bawah Iran, maka boleh digelarkan sebagai "boneka Iran". Hizbullah juga boleh mengatakan "tidak" kepada Iran. Akan tetapi, walau apapun jua yang berlaku terhadap rakyat Syria, Syria pasti akan menang, insya Allah. Walaupun Iran dan sekutunya turut ikut campur tangan."

Berikut adalah berita tentang pelarian Palestin membakar sumbangan bantuan yang disumbangkan oleh Hizbullah dengan merujuk pada gambar di bawah:


Sekali lagi untuk kali kedua, mereka membakar sumbangan bantuan yang berjumlah 1500 kotak makanan yang disumbangkan oleh Hizbullah seperti mana yang tertera pada ayat di atas tadi yang telah di "highlight" kan iaitu, "lantaran mereka membakar 'bantuan makanan' yang diberikan oleh Hizbullah."

Halabi berkata, "Apabila pelarian menyedari bahawa sumbangan makanan itu berasal daripada tangan-tangan yang "sama" yakni yang telah membunuh, menyeksa, dan menzalimi saudara seaqidah mereka di Al-Qusayr dan di kawasan-kawasan sekitarnya, mereka bersama penduduk tempatan bertindak mengambil kesemua 1500 kotak makanan dari Pusat Kebudayaan Palestin dan membakarnya."

Wallahua'lam. Sumber dari PLS48, Daily Star dan Syria Care.

Memuat...
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 Orang Komen Membina:

Catat Ulasan

 

Jumlah Pelawat

Copyright © 2013. Nukeufo89's Blog - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger