Searching...

Rahsia Strategi Untuk Menambahkan Keyakinan Terhadap Diri Sendiri

Jika Barat memfokuskan soal belief hanya kepada keyakinan terhadap diri sendiri di mana self confident bermaksud yakin boleh, manakala Islam pula sebaliknya mentafsirkan lebih daripada itu.

"Soal belief dalam Islam dikaitkan terus dengan keyakinan kepada Allah dan hari akhirat."

Keyakinan kepada Allah S.W.T akan mempengaruhi keyakinan seseorang terhadap diri sendiri. Siapa yang paling kuat keyakinannya kepada Allah, maka dialah yang paling kuat keyakinannya terhadap dirinya sendiri. Ini kerana, orang yang kuat keyakinannya kepada Allah S.W.T, berasa yakin bahawa Allah S.W.T menciptanya bukan untuk disia-siakan. Dia mempunyai misi yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T untuk dilaksanakan di dunia ini.


Dan untuk melaksanakan misi itu, dia juga yakin bahawa Allah S.W.T telah memberikannya semua kelengkapan dan sumber yang diperlukan. Maha Suci Allah, sudah tentu Allah tidak mencipta manusia untuk gagal. Setiap manusia dicipta untuk berjaya. Justeru, Allah S.W.T tidak akan menzalimi manusia dengan hanya memberi tugasan tetapi tidak memberi segala kelengkapan untuk melaksanakan dan menjayakan tugasan itu. Orang yang mempunyai kekuatan iman adalah orang yang mempunyai keyakinan yang tinggi.


Dia yakin segala kelengkapan (zahir dan batin) telah dibekalkan oleh Allah S.W.T untuk dia berjaya dalam hidup. Jadi, dia tidak berasa rendah diri, teragak-agak atau [hasad dengki] dengan apa yang ada pada orang lain. Sebaliknya dia berasa apa yang diberikan oleh Allah S.W.T kepadanya sudah cukup lagi memadai untuk mencapai kejayaan dengan kelebihannya yang tersendiri.

"Dia yakin dunia ini tidak akan sempurna tanpa kehadirannya, maksudnya dia ada peranan yang khusus dan istimewa di dunia ini."

Oleh itu, pakar psikologi ada menyatakan bahawa setiap manusia adalah unik. Tidak ada manusia yang sama antara satu sama lain, hatta kembar siam sekalipun. Manusia bukanlah produk yang dicipta serba sama. Pengeluaran manusia tidak seperti pengeluaran kereta yang berjenama dan sama jenis. Dan setiap manusia juga mempunyai bakat, kecenderungan dan kemahiran yang tersendiri. Dengan segala keunikan itu manusia ber-[potensi] untuk berjaya, dengan syarat dia mempunyai keyakinan untuk memperkembangkan segala [potensi] itu ke tahap paling maksimum.

Ya, cabarannya ialah bagaimana segala yang telah diberikan oleh Allah S.W.T itu hendak dimanfaatkan dan diperkembangkan secapa [optimum]. Dan apabila dia berdepan dengan masalah, dia yakin Allah akan membantunya. Atas keyakinan kepada Allah S.W.T ini. barulah adanya keyakinan terhadap dirinya sendiri. Maka dapatlah ia kecerdasan rohani yang tidak akan memudahkan seseorang itu kecewa dan berputus asa dalam hidup, Insya Allah. Firman Allah S.W.T:

قُلْ يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَى أَنفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُوا مِن رَّحْمَةِ اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعاً إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ

Maksudnya: "Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Surah Az-Zumar ayat 53).

Wallahua'lam.

Memuat...
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 Orang Komen Membina:

Catat Ulasan

 

Jumlah Pelawat

Copyright © 2013. Nukeufo89's Blog - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger