Searching...

Pendedahan Rahsia Di Sebalik Perbezaan Antara Air Kencing Bayi Lelaki Dan Bayi Perempuan

Satu eksperimen saintifik moden telah mendedahkan rahsia di sebalik perbezaan antara air kencing bayi lelaki dan bayi perempuan, dan menetapkan bahawa di sana ada perbezaan di antara keduanya.

Kajian ilmiah moden yang dilakukan di bidang ini menemui adanya perbezaan antara air kencing bayi lelaki dan bayi perempuan. Salah satu kajian tersebut adalah kajian yang dilakukan oleh Ashil Muhammad Ali dan Ahmad Muhammad Shalih dari Universiti Dohuk, Iraq. Kesimpulan kajian tersebut adalah seperti berikut:

Setelah selesai proses pengkajian peratusan kewujudan bakteria dalam air kencing bayi dalam masa penyusuan dan bayi yang baru lahir, di mana mereka mengumpulkan sampel air kencing bayi secara rawak yang berjumlah 73 bayi (35 perempuan dan 38 lelaki). Mereka mengklasifikasikan ke dalam empat kumpulan umur yakni umur di bawah satu bulan, umur satu bulan hingga dua bulan, kemudian dari dua bulan hingga tiga bulan dan kemudian lebih daripada tiga bulan dengan kemungkinan meningkatnya pengambilan makanan.

Sampel dikumpulkan dan terus di bawa untuk diperiksa secara makmal dan proses itu berlanjutan selama beberapa bulan dengan mempertimbangkan tahap maksimum pensterilan dan mengelakkan pencemaran berlaku.

Kajian tersebut menggunakan kaedah yang digunakan oleh Dr. Hans Christian Gram, yang ditemui pada tahun 1884 dalam pewarnaan bakteria (kaedah Gram staining), yang mana warna ungu menunjukkan bakteria Gram positif dan warna merah untuk negative. Semua sampel yang diuji dengan memilih bidang bakteria mikroskopik untuk mengira jumlah bakteria dengan menggunakan standard pembesaraan 100 kali ganda. Didapati bahawa semua Gram negatif, dan diklasifikasikan bahawa ia masuk sebagai bakteria Escherichia Coli.


Hasilnya adalah seperti berikut:

Pertama: Pada kumpulan usia sifar hingga 30 hari, peratus kewujudan bakteria dalam air kencing bayi perempuan adalah 95.44% lebih banyak berbanding pada air kencing bayi lelaki di mana jumlah bakteria di bidang mikroskopik untuk air kencing bayi perempuan mencapai 41.9 sedangkan pada bidang yang sama untuk bayi lelaki hanya berjumlah 2 saja.

Kedua: Pada kumpulan umur (dari satu bulan hingga dua bulan) peratus kewujudan bakteria dalam air kencing bayi perempuan adalah 91.48% lebih banyak berbanding dengan air kencing bayi lelaki di mana jumlah bakteria di bidang mikroskopik untuk air kencing bayi perempuan mencapai 24.1 sementara jumlah dalam bayi lelaki hanya 2.25.

Ketiga: Pada kumpulan umur 2-3 bulan, peratusan kewujudan bakteria dalam air kencing bayi perempuan adalah 93.69% lebih banyak berbanding pada air kencing bayi lelaki, di mana jumlah bakteria di bidang mikroskopik untuk air kencing bayi perempuan mencapai 24.1 sementara jumlah pada kes bayi lelaki hanya 1.6.

Keempat: Pada kumpulan usia lebih daripada 3 bulan, peratusan bakteria dalam air kencing bayi perempuan 69% lebih banyak berbanding pada air kencing bayi lelaki di mana jumlah bakteria di bidang mikroskopik untuk air kencing bayi perempuan 13.9 sementara dalam kes air kencing bayi lelaki jumlahnya 6.8.


Najis Mukhaffafah untuk bayi lelaki.

Najis Mukhaffafah ialah kencing kanak-kanak lelaki yang belum makan makanan selain daripada susu ibu. Untuk membersihkan benda yang terkena najis ini, memadai dengan memercikkan air ke atas benda itu meskipun tidak mengalir. Adapun kencing kanak-kanak perempuan (najis mutawassitah) yang belum makan selain daripada susu ibu hendaklah dibasuh sampai mengalir air di atas benda yang terkena najis itu sehingga hilang zat dan sifat-sifat najis sebagaimana menyucikan kencing orang dewasa. Ali r.a menyatakan bahawa Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud:
"Air kencing kanak-kanak lelaki memadai direnjis dan air kencing kanak-kanak perempuan dibasuh." (Riwayat Ibnu Majah).

Wallahua'lam. Sumber dari blog Detik Islam.

Memuat...
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 Orang Komen Membina:

Catat Ulasan

 

Jumlah Pelawat

Copyright © 2013. Nukeufo89's Blog - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger