Searching...

Teori Relatif Perkiraan Matematik Diasaskan oleh Albert Einstein Dijumpai Di Dalam Al-Qur'an

Teori relatif dicetuskan oleh Albert Einstein pada tahun 1905 dalam tulisannya yang berjudul, "On The Electrodynamics of Moving Bodies" di Annalen der Physik 17 pada halaman 891-921. Dalam teori ini disebutkan bahawa:
  • Kecepatan cahaya (c) itu tetap, c = konstan
  • Sela (gap) waktu itu relatif, ∆t’ = ∆t / (1- v2/c2)1/2
  • Jisim itu bersamaan dengan tenaga, E = mc2
  • Teori ini berlaku untuk benda-benda yang bergerak dengan kecepatan tetap, dan dikenali sebagai 'Teori Kerelatifan Khusus.'

Pada tahun 1915 yang lalu, Albert Einstein ada menulis buku, "Die Feldgleichungen der Gravitation (The Field Equations of Gravitation)" di Koniglich Preussische Akademie der Wissenschaften halaman 844-847. Teori ini dikenali sebagai Teori Kerelatifan Umum yang merupakan perluasan daripada Teori Kerelatifan Khusus. Teori Kerelatifan Umum yang lebih dikenali sebagai Teori Graviti Einstein ini menyebutkan bahawa:
  • Ruang dan waktu "melengkung";
  • Graviti berbanding lurus dengan tingkat kelengkungan ruang-waktu;
  • Jam berdetik lebih lambat dalam medan graviti yang lebih rendah;
  • Sebagai akibat, alam semesta itu terbatas pada ukurannya;
Dalam teori kerelatifan Einstein disebutkan bahawa kecepatan cahaya adalah tetap. Besar kecepatan cahaya diperoleh daripada percubaan Louis Essen bersama A.C. Gordon-Smith yang mengukur frekuensi yang berbagai-bagai  keadaan bagi normal gelombang mikro. Berdasarkan hasil pengukuran ini, mereka menemukan bahawa kecepatan cahaya ialah 299.792±3 km/s. Kemudian, pada tahun 1950 percubaan tersebut diulangi oleh Louis Essen dan memperoleh nilai 299.792,5±1 km/s. Hasil ini kemudian disepakati oleh pertemuan umum ke-2 Radio-Scientific Union pada tahun 1957.


Tafsiran kecepatan cahaya dan kecepatan peluncuran objek angkasa luar (amr).

Kecepatan cahaya dalam teori kerelatifan, dapat dihubungkan dengan kecepatan peluncuran objek angkasa luar (amr) diterjemahkan sebagai 'urusan' dalam Al-Qur'an sebagaimana yang dinyatakan dalam Surat As-Sajadah ayat 5 berikut, Firman Allah S.W.T:

يُدَبِّرُ الْأَمْرَ مِنَ السَّمَاءِ إِلَى الْأَرْضِ ثُمَّ يَعْرُجُ إِلَيْهِ فِي يَوْمٍ كَانَ مِقْدَارُهُ أَلْفَ سَنَةٍ مِّمَّا 

تَعُدُّونَ

Maksudnya: "Dia mengatur urusan dari langit ke bumi, kemudian (urusan) itu naik kepada-Nya dalam satu hari yang kadarnya adalah seribu tahun menurut perhitunganmu." (Surat As-Sajdah ayat 5).

Tafsiran fizikal dari ayat tersebut ialah kecepatan peluncuran objek angkasa luar (amr) sama dengan kecepatan cahaya. Tafsiran ini diperoleh dari Dr. Mansour Hassab-Elnaby setelah melakukan serangkaian perhitungan.  Beliau memulakan perhitungan dengan logik seperti ini: 1 hari yang ditempuh peluncuran objek angkasa luar (amr) sama dengan 1000 tahun atau 12,000 bulan. Ini bererti, jarak yang ditempuh peluncuran objek angkasa luar (amr) dalam 1 hari bersamaan dengan 12,000 kali jarak yang ditempuh Bulan dalam 1 bulan.

Misalnya bagi kecepatan peluncuran objek angkasa luar (amr) adalah c maka jarak yang ditempuh peluncuran objek angkasa luar (amr) adalah seperti berikut:

c x 1 hari = 12,000 x panjang lintasan orbit Bulan … (1)       

c t = 12,000 L … (2)

Sedangkan L atau panjang lintasan orbit Bulan, dapat dikira melalui rumus berikut:

L = v T … (3)

di mana

c = kecepatan cahaya

t = waktu 1 hari bintang, iaitu waktu yang diperlukan Bumi berputar penuh pada orbitnya relatif terhadap sebuah bintang acuan (matahari).

L = panjang lintasan yang ditempuh oleh Bulan untuk mengelilingi Bumi pada satu putaran penuh

v = kecepatan purata Bulan semasa mengelilingi Bumi

T = Tempoh 1 bulan ukuran bintang (sidereal), iaitu waktu yang diperlukan Bulan untuk mengelilingi Bumi pada satu putaran lengkap, relatif terhadap sebuah bintang acuan (matahari).

Nilai v boleh diperoleh daripada data purata (R) orbit Bulan mengelilingi Bumi dan data tempoh satu bulan ukuran bintang (sidereal). Data ini kemudian dimasukkan ke dalam rumus kecepatan Gerak Melingkar Beraturan:

v = (2πR)/T … (4)

di mana

R = 384.264 km

T = Tempoh satu bulan ukuran bintang (sidereal)

    = 27,321661 hari

    = 655,71986 jam … (5)

maka

v  = (2 x 3,1416 x 384.264) / 655,71986

    = 3682,07 km/jam … (6)

Sebagai dalam skala vektor, nilai v ini perlu diperbetulkan kerana arahnya yang terus berubah selama putaran bulan mengelilingi Bumi (lihat gambar di bawah). Pembetulan tersebut diberikan dengan berdasarkan rumus:

v’ = v cos Ø … (7)



Di mana Ø adalah sudut yang telah ditempuh oleh sistem Bumi-Bulan selama satu bulan ukuran bintang (sidereal) atau 27,321661 hari. Dengan rumus ini, vektor v yang diperoleh akan selalu berarah sama, iaitu tegak lurus terhadap arah bintang acuan (matahri). Lihat gambar di bawah:




Kerana sudut yang telah ditempuh oleh sistem Bumi-Bulan dalam satu tahun atau 365,25636 hari adalah 360°, maka:

Ø = 27,321661 x 360°/365,25636

    = 26,92848°

cos Ø = cos (26,92848°) = 0,89157 … (8)       

Gantikan (8) ke dalam (7)

v cos Ø = 3682,07 x 0.89157 km/jam … (9)

Gantikan (7) ke (3) lalu (3) ke (2) menghasilkan rumus:

ct = 12,000 v cos Ø T … (10)

c = (12,000 v cos Ø T)/t … (11)

di mana

T = 655,71986 jam

t  = 1 hari = 23 jam 56 minit 4.0906 saat = 86164.0906 saat

sehingga

c = (12,000 x 3682,07 x 0,89157 x 655,71986) / 86164,0906

   = 299.792,5 km/s … (12)

Nilai c (kecepatan amr) daripada hasil perkiraan Dr. Mansour ini sangat mendekati (kalau tidak dikatakan sama tepat) dengan data empirikal (berdasarkan pemerhatian dan ujian saintifik), kecepatan cahaya iaitu:

c = 299.792,5±1 km/s.

Persamaan hasil perkiraan peluncuran objek angkasa luar (amr) Dr. Mansour dengan data empirikal (berdasarkan pemerhatian dan ujian saintifik), kecepatan cahaya telah dianggap sebagai sebuah bukti keajaiban Al-Qur'an. Untuk memahami fenomena ini dengan lebih mendalam, anda boleh rujuk ke laman web [speed light] untuk penerangan dengan lebih lanjut.

Meskipun persamaan tersebut sangat mengelirukan, namun masih terdapat sejumlah ayat lain dalam Al-Qur'an yang perlu kita kaji, yang berhubung kait dengan masalah kecepatan peluncuran objek angkasa luar (amr). Ayat-ayat tersebut antara lain adalah, firman Allah S.W.T:

تَعْرُجُ الْمَلَائِكَةُ وَالرُّوحُ إِلَيْهِ فِي يَوْمٍ كَانَ مِقْدَارُهُ خَمْسِينَ أَلْفَ سَنَةٍ

Maksudnya: "Malaikat-malaikat dan Jibril naik (menghadap) kepada Tuhan dalam sehari yang kadarnya lima puluh ribu tahun." (Surah Al-Ma'arij ayat 4).


وَيَسْتَعْجِلُونَكَ بِالْعَذَابِ وَلَن يُخْلِفَ اللَّهُ وَعْدَهُ وَإِنَّ يَوْماً عِندَ رَبِّكَ كَأَلْفِ سَنَةٍ مِّمَّا تَعُدُّونَ

Maksudnya: "Dan mereka meminta kepadamu agar azab itu disegerakan, padahal Allah sekali-kali tidak akan menyalahi janji-Nya. Sesungguhnya sehari di sisi Tuhanmu adalah seperti seribu tahun menurut perhitunganmu." (Surah Al-Hajj ayat 47).


Beza bahasa, beza tafsiran.

Berkaitan dengan teori kerelatifan, Al-Qur'an juga secara tidak langsung menyelesaikan sesuatu masalah kesamaan jisim dan tenaga (E = mc2),  yang muncul dalam fenomena pengguguran bintang (dead star). Hal ini dinyatakan dalam Al-Qur'an, firman Allah S.W.T:

فَإِذَا النُّجُومُ طُمِسَتْ

Maksudnya: "Dan apabila bintang-bintang telah dihapuskan (binasa)." (Surah Al-Mursalat ayat 8).



Fenomena lain yang berkaitan dengan teori kerelatifan ialah pengembangan alam semesta, sebagai kesinambungan dalam teori "Big Bang" yang memulai alam semesta ini. Hal ini pun juga telah dinyatakan di dalam Al-Qur'an, firman Allah S.W.T:


وَالسَّمَاء بَنَيْنَاهَا بِأَيْدٍ وَإِنَّا لَمُوسِعُونَ

"Dan langit itu Kami dirikan dengan kekuasaan Kami (dalam bentuk binaan yang kukuh rapi). Dan sesungguhnya Kami mempunyai kekuasaan yang luas tidak terhingga." (Surah Adz-Dzaariyat ayat 47).

Dalam Terjemahan Al-Qur'an versi bahasa Inggeris, ayat tersebut menganudngi perkataan "expanding" yang bermaksud meluas/mengembang:

"And it is We who have constructed the heaven with might, and verily, it is We who are steadily expanding it." (Surah Adz-Dzaariyat: 47).

Permasalahan penterjemahan berhubung dengan teori kerelatifan dan Al-Qur'an, juga ada menyebut dalam ayat-ayat berikut, firman Allah S.W.T:


فَلَا أُقْسِمُ بِالْخُنَّسِ

الْجَوَارِ الْكُنَّسِ

Maksudnya: "Sungguh, Aku bersumpah dengan bintang-bintang yang tenggelam timbul; Yang beredar, juga yang tetap pada tempatnya;" (Surah At-Takwir ayat 15-16).

Terjemahan Al-Qur'an versi bahasa Inggeris untuk kedua ayat di atas, ternyata boleh memberikan tafsiran yang berkaitan dengan fenomena lohong hitam (black hole):

"So verily, I swear by the stars that are veiled. And by the (sweeping) stars that move swiftly and hide themselves." (Surah At-Takwir: 15-16).




Jika al-khunnas membawa maksud "tenggelam", maka ayat di atas hanya menggambarkan fenomena yang terbit dan terbenam bintang, sebuah fenomena yang secara lazim dilihat oleh semua orang. Namun jika dimaksudkan dengan "menyembunyikan diri mereka (hide themselves)", maka ayat tersebut boleh jadi memang menceritakan fenomena lohong hitam (black hole).

Kiranya kajian mengenai ayat-ayat yang berkaitan dengan teori kerelatifan masih sangat luas. Tentunya, kajian ini memerlukan penglibatan para ilmuwan, baik dari tokoh ilmu fizikal mahupun tokoh ilmu tafsir klasik. Wallahua'lam.

Sumber dari Drs. Armahedi Mahzar, M.Sc

Memuat...
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 Orang Komen Membina:

Catat Ulasan

 

Jumlah Pelawat

Copyright © 2013. Nukeufo89's Blog - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger