Searching...

Rejim Basyar Assad Menggunakan Bom Gas Beracun di Wilayah Aleppo, Syria

Diperlukan masa dalam berbulan-bulan bagi Amerika, Inggeris dan berbagai-bagai negara Barat lainnya untuk mengakui kebenaran pernyataan penduduk Sauriah bahawa rejim Syiah Basyar al-Assad menggunakan senjata-senjata kimia terhadap rakyatnya sendiri. Bahkan PBB pun sampai minggu lalu masih menyatakan bahawa mereka masih memerlukan bukti sebelum bertindak dan mengirimkan sekumpulan penyiasatan ke Sauriah yang sudah tentu ditolak oleh Basyar al-Assad.

Pada tarikh Sabtu 13 April 2013 baru-baru ini, salah satu media Inggeris, The Times of London, melaporkan bahawa memang benar Basyar al-Assad menggunakan senjata kimia untuk membunuh rakyatnya, selepas itu dilakukannya operasi menyeludup 'sampel tanah Sauriah' ke Inggeris untuk diteliti para ilmuwan Inggeris.

Laporan harian itu mengambil daripada sumber-sumber pertahanan Inggeris yang tidak dinyatakan namanya yang mengatakan, "sejenis senjata kimia" yang dipakai di Sauriah tapi tidak boleh memastikan apakah ianya digunakan oleh rejim Basyar Assad atau oleh para pejuang Sunni?

Penggunaan WMD (Weapons of Mass Destruction) yang berupa senjata kimia ini dipastikan oleh pemasangan reset kimia dan biologi milik Kementerian Pertahanan Britania di Porton Down, Wiltshire.

Sudah 100 Ribu angka Kematian Dilaporkan

Sementara itu, pelbagai sumber pemberitaan para pejuang di Sauriah (yang terdiri dari pejuang bahagian perubatan, media dan mujahidin) kini mulai meletakkan jumlah angka kematian kekejaman rejim Basyar al-Assad di anggarkan berjumlah 100 ribu orang. Sampai bulan lalu, mereka hanya mengatakan "atas 70 ribu" sama seperti yang dilakukan oleh PBB.

Termasuk dalam angka kematian itu adalah seorang wanita dan dua anak yang tewas di Aleppo Sabtu 13 April lalu, ketika pasukan rejim Basyar al-Assad menjatuhkan dua bom gas beracun ke bandar Afrin di Propinsi itu.

Menurut Rami Abdurrahman, ketua kepada Syrian Observatory for Human Rights yang berasaskan di Inggeris, sejumlah saksi mengatakan bahawa bom-bom itu dijatuhkan dari sebuah helikopter tentara Basyar al-Assad.

Sebanyak 16 orang mengalami luka-luka kerana bom gas yang sama, dan mereka dibawa ke hospital dalam keadaan berhalusinasi, muntah-muntah, mengeluarkan lendir yang banyak dan merasakan mata mereka terbakar.

Sementara itu, sekumpulan pakar PBB saat ini masih berada di Cyprus menunggu "izin" masuk Sauriah dari pemerintahan rejim Basyar al-Assad untuk menyiasat setidak-tidaknya tiga tuduhan penyerangan dengan senjata kimia termasuk satu serangan yang dilaporkan oleh rejim Basyar Assad adalah yang dilakukan oleh para "pemberontak."

Berikut di bawah adalah klip video mangsa yang terkena bom gas beracun:


Berikut di bawah adalah klip video yang mana terdapat banyak haiwan-haiwan mati setelah serangan senjata kimia oleh rejim Basyar Assad ke wilayah Khan Al Assal, Aleppo:


Di bawah adalah sedikit info mengenai pelancar roket rudal yang digunakan oleh rejim Basyar Assad:

Bukan hanya senjata rudal SCUD yang digunakan rejim Assad untuk membunuh penduduk di Syria, tetapi juga rudal Toshka. Untuk Damaskus saja, sudah puluhan rudal Toshka dilancarkan. Belum lagi ke wilayah-wilayah lain.

Rudal Toshka merupakan rudal jarak pendek untuk bertempur di lapangan dan disasarkan dari atas kendaraan yang harus dikeluarkan saat akan diluncurkan. Senjata ini mampu mencapai target secara accurate (tepat) dengan kesan kehancuran yang agak tinggi. Dapat meledak 16 meter sebelum mencapai titik sasaran.

Bukan hanya senjata nuklear sahaja yang boleh dipasang pada hulu peledak rudal, senjata kimia atau biologis juga dapat dipasang di hulu peledak rudal itu. Berat hulu ledaknya dapat mencapai 500 kg.

Wallahua'lam.

Memuat...
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 Orang Komen Membina:

Catat Ulasan

 

Jumlah Pelawat

Copyright © 2013. Nukeufo89's Blog - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger