Searching...

Pengalaman Rakyat Malaysia yang Pernah Menetap Di Negara Majoriti Syiah


Gambar di atas merupakan screenshot dari halaman facebook Syria Care yang menceritakan tentang luahan hati seorang rakyat Malaysia yang pernah menetap di negara yang mempunyai ramai penduduk Syiah.

Penetapan beliau di sana iaitu di negara Lebanon (Lubnan) telah membuka matanya untuk mengambil berat berkenaan dengan cara hidup Islam yang sebenar-benarnya. Beliau beranggapan bahawa penduduk Syiah mengamalkan cara hidup yang pelik dan jelik berkenaan dengan ciri-cirinya yang telah saya nyatakan dalam entri yang bertajuk, [Ciri-ciri yang Teramat Bahaya Bagi Pengikut Syiah]. Beliau juga turut menaruh rasa bimbang jika wabak fahaman Syiah ini menular ke negara Malaysia yang boleh menyebabkan rakyat Malaysia yang mempunyai pengetahuan ilmu-ilmu agama Islam yang kurang akan terjerat dan turut terlibat sama menganut fahaman Syiah yang sesat lagi menyesatkan.


Gambar screenshot yang kedua pula menceritakan tentang luahan hati beliau daripada pengalaman beliau di negara tersebut yang saya akan terjemahkan dalam ayat yang mudah di fahami ramai supaya sama-sama kita ambil pengajaran dan iktibar daripada pengalaman beliau di sana:

"Di lebanon (lubnan), kebanyakan penduduk di sini merupakan penganut syiah. Di sini juga selain daripada Syiah, ada juga agama Kristian, Sunni/Sunnah dan juga Druze. Druze merupakan Islam atas nama sahaja, tetapi tidak ikut ajaran Islam. Sama sahaja seperti di Malaysia. Kebanyakan orang-orang kita hanya beragama Islam atas nama. Sembahyang tidak buat, puasa tidak tunaikan, maksiat adalah perkara biasa, dan bila ditegur katanya tidak terbuka hati lagi untuk berbuat baik!! Itu bukannya pemikiran orang Islam, tetapi pemikiran orang tiada Iman.

Hizbullah pula, mungkin orang di Malaysia tidak tahu lagi tentang Hizbullah. Hizbullah merupakan puak Syiah yang kuat di Lubnan. Penduduk di sini (Syria) suka dengan mereka bila mereka menentang Israel, tapi bila berlaku penindasan agama pada penduduk sunni/sunnah, mereka tidak membela langsung. Geng-geng Syiah hidup berpuak-puak di sini. Mereka tidak akan berkompromi dengan geng-geng sunni. Pakaian mereka juga berbeza. Perempuannya memakai purdah dan jubah hitam. Masjid mereka boleh dikenal pasti di mana lambang bulan sabit pada kubah masjid akan menegak ke atas, bukan seperti kebiasaan di malaysia. Dalam kedudukn bulan sabit yg sebenar. 

Politik mereka juga di kawal dengan banyaknya oleh Syiah. Sebab itulah puncanya negara mereka bergolak. Yang terbaru, jika kita lihat di berita panglima tentera beragama sunni yg terbunuh di bom pesawat Israel, Syiahlah dalangnya. Fahaman mereka cukup pelik, azan mereka juga pelik, tidak di sebut Nabi Muhammad S.A.W, tapi disebut dengan nama Saidina Ali. Mereka terlalu taksub dengan Saidina Ali kerana pembunuhan di Karbala. Bagi mereka, isteri boleh di kongsi bersama. Berkahwin dalam masa 2 jam dan cerai, kemudian kahwin yang lain pula. 

Begitulah yang terjadi di bumi Lebanon. Darah orang-orang sunni ini halal bagi mereka untnk dibunuh. Lihat sahaja bila datang hari Syura. Mereka membuat perayaan seperti Thaipusam. Jika kita lihat di Malaysia ini masyarakat hindu membuat macam-macam pada anggota badan mereka, begitulah juga yang berlaku pada puak-puak Syiah. Kononnya bagi memperingati hari pembunuhan di Karbala. Perhatikanlah puak-puak ini jika ianya telah merebak di Malaysia. Mereka ini tidak ubah seperti Yahudi!! Duri dalam daging Islam!! Jangan benarkan sesekali Syiah berkembang di Malaysia!! Allahu Akbar!!"

Wallahua'lam.

Memuat...
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

2 Orang Komen Membina:

  1. salam tuan blog, mohon kongsi entry ini ya :)

    BalasPadam

 

Jumlah Pelawat

Copyright © 2013. Nukeufo89's Blog - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger