Searching...

Masjid yang Dibina oleh Sahabat Nabi (Umar Bin Khattab r.a) Telah Dihancurkan Rejim Assad

Masjid Umari dibina pada tahun 13 hingga 23 Hijriah bersamaan 634 hingga 644 Masihi berdasarkan pada pemerintahan khalifah Umar bin Khattab r.a semasa beliau mengunjungi daerah Hauran di selatan Sauriah yang berdekatan dengan bandar Daraa di Syria. Namun begitu, masjid ini telah dibedil oleh rejim Assad pada tarikh 13 April 2013.

Masjid ini memiliki sejarah yang panjang dan berharga di hati umat Islam, kerana masjid ini menjadi saksi kehidupan sahabat Nabi S.A.W, Umar bin Khattab r.a. Tidak hanya terdapat banyak peninggalan sejarah Islam didalamnya, masjid inilah yang digunakan oleh ulama-ulama besar Islam dari masa pemerintahan Umar bin Khattab hingga sekarang ini untuk mempelajari dan mengkaji pelbagai ilmu Islam.

Pada hari awal revolusi, masjid Umari adalah saksi dimulainya pelbagai tunjuk rasa menuntut reformasi dari rezim bengis Syiah Alawiyah, Basyar al-Assad. Masjid Umari di bandar Dara'a adalah tempat pertama kalinya ribuan orang berkumpul untuk berdemonstrasi sesudah dibunuhnya budak remaja itu iaitu Hamzah al-Khatib oleh syabihah atau kakitangan rezim dengan kejamnya. Hamzah Al-khatib dibunuh dengan diseksa dan diputuskan jari-jemari tangannya setelah dituduhnya ia telah menulis grafitti meminta revolusi Syria. 

Syaikhul Mujahid, Ahmad Shiyashanah (Syaikhnya para Mujahidin) adalah ulama' Syam dan imam Masjid Umari yang mengajak muslim Syria di bandar Daraa agar tetap bersatu menguatkan barisan meskipun rezim Assad dan tentara-tentaranya berusaha untuk membunuh muslim Syria puak-puak Sunni dan ingin menghapuskan agama Islam dari tanah Syria. Meskipun Syaikh sudah sangat tua, namun Syaikh Ahmad As-Shiyashanah adalah ulama Syam yang mampu membangkitkan semangat juang bagi kaum lelaki muslim, beliau turun ke jalan bersama dengan segerombolan lelaki muslim di bandar Daraa untuk melaungkan bahawa mereka muslim Syria tidak akan tunduk kepada rejim Assad dan tidak akan menjadi penyembah Basyar Al-Assad.

Oleh itu, dengan semangat beliaulah akhirnya muncul singa-singa pemberani dari dalam kalangan mujahidin. Singa-Singa yang ingin menjadi seperti Umar bin Khattab, yang mampu membezakan mana yang Haq dan yang bathil, yang tidak mau tunduk dibawah rezim Syiah Assad yang telah membunuh berpuluhan ribu saudara-saudara mereka dan menyeksa ratusan ribu saudara muslim Syria. Syaikh Ahmad Shiyashanah berulangkali ditangkap oleh rejim Assad, anak Syaikh Ahmad Shiyashanah dibunuh dan beliau dipaksa berbicara sesuai dengan kemahuan rejim Assad, namun beliau menolak dan terpaksa melarikan diri ke Jordan.

Masjid 'Umari ini sempat dikuasai oleh tentara rejim Assad dan ketika berjaya dibebaskan kembali, maka didapati banyak pada bahagian masjid itu yang telah rosak. Bahkan sesudah kembali ke tangan kaum Muslimin pun masjid itu masih disasarkan oleh rejim Assad dengan cara dilancarkan tembakan dengan kereta kebal. Dan pada tarikh tersebut yang telah dinyatakan di atas, masjid Allah yang penuh dengan kebaikan dan kemulian ini telah dihancurkan oleh tentara-tentara Syiah dengan kereta kebalnya sehingga hancur sebahagian besar bangunannya setelah masjid ini beberapa minggu pada sebelumnya berjaya dibebaskan kembali oleh Mujahidin.


Detik-detik semasa kereta kebal rejim Syiah membedil dan menghancurkan masjid Al-Umari, di bandar Daraa, Syria. Rujuk klip video di bawah:


Wallahua'lam.

Memuat...
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 Orang Komen Membina:

Catat Ulasan

 

Jumlah Pelawat

Copyright © 2013. Nukeufo89's Blog - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger