Searching...

Inilah Akibatnya Jika Kurangnya Zikir dan Fikir

Umat Islam masa kini sedang menderita akibat sama ada kurang zikir (hati gelap) atau kurang fikir (minda gelap) atau kedua-duanya sekali. Ada sesetengah pihak lebih cenderung berzikir, sementara ada pihak lain pula yang condong untuk berfikir. Seolah-olah sedang berlaku semacam pertembungan antara kepentingan [ilmu wahyu dengan ilmu 'aqli], [fardhu 'ain dengan fardhu kifayah], [hamba dengan khalifah]. Ini menyebabkan perjalanan ummah menuju kecemerlangan menjadi lumpuh. Oleh itu, anda disarankan agar baca entri sebelumnya yang bertajuk, [Ketahuilah Bahawa Zikrullah Boleh Mentajamkan Fikiran Manusia] sebelum meneruskan untuk membaca yang berikutnya di bawah.

Sesetengah beranggapan, kita telah selesai mengerjakan fardhu 'ain seperti solat, puasa, zakat dan lain-lain. Bagi golongan ini, yang menjadi masalahnya ialah soal penglibatan dalam fardhu kifayah seperti bidang ekonomi, jurutera, kedoktoran, teknologi dan lain-lain. Manakala ada pula yang beranggapan, soal fardhu 'ain tidak selesai lagi, itulah yang menyebabkan berlakunya pelbagai gejala yang tidak sihat seperti rasuah, krisis hubungan dan lain-lain.

Jika kedua-dua pihak terus bertelagah, maka dikhuatiri akan muncul dua golongan yang tidak seimbang seperti:
  • Pertama, golongan Mukmin tetapi tidak pakar/profesional yakni yang ada zikir (mengingati Allah S.W.T) tetapi kurang fikir. Mereka mungkin baik dari segi akhlak tetapi kurang berkesan dan tidak cekap dalam pengurusan dan pentadbiran.
  • Kedua, golongan profesional tetapi sifat mukminnya kurang atau tiada langsung yakni yang ada fikir tetapi kurang zikir (kurang mengingati Allah S.W.T), cekap dalam melaksanakan peranan sebagai khalifah (pengurusan dan pentadbiran) tetapi penuh dengan sifat-sifat mazmumah seperti pembohong, tamak, pecah amanah, dan rasuah.
Wallahua'lam.

Memuat...
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 Orang Komen Membina:

Catat Ulasan

 

Jumlah Pelawat

Copyright © 2013. Nukeufo89's Blog - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger