Searching...

Berbuat Baiklah Kamu Kepada Orang yang Berbuat Jahat Kepada Kamu

Di suatu sudut pasar Madinah Al-Munawarah ada seorang pengemis Yahudi yang buta. Hari demi hari apabila ada orang yang mendekatinya dia selalu berkata, "Wahai saudaraku janganlah kamu semua dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kamu semua mendekatinya maka kamu semua akan dipengaruhinya." Namun tanpa disedari pengemis yahudi buta itu, setiap pagi Rasulullah S.A.W datang kepadanya dengan membawa makanan. Tanpa berkata sepatah kata pun Rasulullah S.A.W menyuapkan makanan yang dibawanya kepada pengemis itu walaupun pengemis itu selalu berpesan agar tidak mendekati orang yang bernama Muhammad. Begitulah yang dilakukan oleh baginda pada setiap hari sehinggalah baginda wafat.

Setelah kewafatan Rasulullah S.A.W, tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu. Suatu hari Abu Bakar Radhiallahu Anhu berkunjung ke rumah anaknya Aisyah R.A. Beliau bertanya kepada anaknya, "Anakku, adakah sunnah kekasihku yang belum aku kerjakan?" Aisyah menjawab pertanyaan ayahnya, "Wahai ayahanda, engkau adalah seorang ahli sunnah dan hampir tidak ada satu sunnah pun yang belum ayahanda lakukan kecuali satu sunnah saja." "Apakah itu?" Tanya Abu Bakar R.A. "Setiap pagi Rasulullah S.A.W selalu pergi ke hujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis yahudi buta yang berada di sana," kata Aisyah R.A.


Keesokan harinya Abu Bakar R.A pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikannya kepada pengemis itu. Beliau datang kepada pengemis itu dan memberikan makanan itu kepadanya. Ketika Abu Bakar R.A. mulai menyuapkan nasi, si pengemis itu marah sambil berteriak, "Siapakah kamu?" Abu Bakar R.A menjawab, "Aku orang yang biasa." "Bukan! Engkau bukan orang kebiasaan yang datang kepadaku," jawab si pengemis buta itu. "Apabila dia datang kepadaku, tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang kebiasaan datang kepadaku itu selalu menyuapkan aku, tetapi sebelum itu dia terlebih dahulu memperhaluskannya makanan tersebut," pengemis itu meneruskan percakapannya.


Abu Bakar R.A tidak dapat menahan air matanya. Beliau menangis sambil berkata kepada pengemis itu, "Aku memang bukan orang yang kebiasaan datang kepadamu, aku adalah salah seorang daripada sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada lagi. Beliau adalah Muhammad Rasulullah S.A.W."

Setelah pengemis itu mendengar cerita Abu Bakar R.A, dia pun menangis dan kemudian berkata, "Benarkah demikian? Selama ini aku selalu menghinanya dan memfitnahnya. Dia tidak pernah memarahiku walau sedikit pun, malah dia datang kepadaku dengan membawa makanan setiap pagi. Dia sungguh begitu mulia." Pengemis Yahudi buta itu tersebut akhirnya mengucap dua kalimah syahadah dihadapan Abu Bakar R.A.

P/S: Apabila kita berbuat baik kepada orang jahat (yang memfitnah, mencaci dan memaki-hamun pada kita), maka Allah S.W.T akan tunjukkan kehebatan-Nya iaitu perubahan ke atas orang jahat itu sendiri berubah menjadi begitu baik dan menginsafi ke atas perbuatannya selama ini dengan sekelip mata. Malah orang yang jahat itu akan turut serta dalam perjuangan orang baik disebabkan dia nampak banyak kebaikan terhadap perjuangan orang baik itu. Wallahua'lam. Sekadar renungan. Apabila anda tengok video di bawah ini sampai habis, maka anda akan tahu kesudahannya:



Kemudian, anda disyorkan tengok yang di bawah ini pula, siap ada subtitle bagi anda faham:


Wallahua'lam.

Memuat...
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 Orang Komen Membina:

Catat Ulasan

 

Jumlah Pelawat

Copyright © 2013. Nukeufo89's Blog - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger