Searching...

Bab 5: Program Minda (Rahsia Yang Tak Pernah Terfikir)

Kalau orang dulu berbahasa, “Hidungmu mancung bak seludang, cantik wajahmu bagai rembulan”, minda kita ni boleh diibaratkan bagai CPU dalam badan manusia. Tapi, CPU kita ni lebih hebat dari CPU komputer yang kita guna hari ini. Ada kajian mendapati, jika kita nak bina CPU computer sehebat minda kita, kita memerlukan ruang sebesar 50 kali padang bola untuk muatkan CPU tersebut. Betapa hebatnya minda kita semua. Statistik daripada kajian juga mendapati bahawa majority daripada kita hanya menggunakan minda sekitar 5-8% sahaja. Yang menggunakan 8% mungkin bijak-bijak pandai, anak-anak kita yang dapat cemerlang dalam peperiksaan tu (sampai 21A!). Bagaimana orang-orang yang tak nak berfikir pulak? Yang tak nak ambil tahu kejadian sekeliling? Yang hanya sekadar dengar dan lihat apa orang katakan? Jadi, rugi la bagi mereka yang tak nak menggunakan minda secara optima.




Dalam bab kali ini, saya nak berkongsi dengan sahabat-sahabat semua macam mana nak programkan minda kita. Komputer kita kalau nak buat kerja, kena ada softwarenya, kena ada sistem operasi yang diprogramkan dulu, betul tak? Macam tu jugak dengan otak kita. Kena programkan dulu, baru lancar dan jelas apa anda nak dibuat dan nak dicapai. Dah ada program kadang-kala kena serang virus pulak kan? Memang kadang-kala jer, tapi sekali kena, terus ‘sakit (jamn)’ komputer kita tu. Kena masuk ‘klinik’. Kena cari antivirus pulak nak merawat. Minda kita, diri kita, pun kena ada ‘pendinding’ atau ‘kaedah rawatan’ yang berkesan untuk memastikan kita tidak terkena dengan serangan ‘virus’ ke atas minda dan diri kita. Mungkin bab ini agak panjang sebab bab ini adalah ‘kunci’ segala bab dalam kategori ini. Jadi, anda pasti berasa dengan lebih yakin untuk meneruskan membaca entri di blog ini selepas habiskan membaca bab ini.


Biasanya, dalam kehidupan kita, kita lebih banyak memperkatakan benda atau perbuatan ataupun sifat negatif yang ada dalam diri kita berbanding dari memperkatakan yang positif. Jadi, secara tak langsung, kita telah memprogramkan unsur-unsur negatif tersebut ke dalam diri kita. Ini dinamakan sebagai penyataan kendiri atau saranan kendiri atau dalam bahasa Inggerisnya ialah “self affirmation”.


Self-affirmation, boleh dilakukan sama ada secara sedar ataupun separa sedar ataupun secara kita tidak sedari (kebiasaan). Sebelum saya kongsi dengan anda bagaimana menjadikan saranan kendiri ini sebagai satu ‘alat berkuasa’ untuk merealisasikan impian anda, kita lihat dulu kesan-kesan negatif yang pernah kita lakukan tanpa kita sedari atau menjadi kebiasaan dalam diri kita.




Skrip-skrip negatif yang pernah kita sebut secara sedar/separa sedar/kebiasaan:


1. Kepercayaan diri.
Contoh: “Aku ni memang penakut sikit”.


2. Saranan/kenyataan orang sekeliling terhadap anda.
Contoh: “Lembab betullah ko ni. Nak buat kerja itu pun lambat”


3. Saranan/kenyataan orang sekeliling mengenai sifat
fizikal anda.

Contoh: “Kenapa ko nampak pucat hari ni?”


4. Keputusan penilaian.
Contoh: “Harap maaf. Anda tidak layak”.



5. Keadaan semasa.
Contoh : “Aku ni orang susah. Mana la mampu nak belanja macam kamu”.



Walaupun skrip-skrip ini nampak macam biasa, tapi, bisanya menjadi penyekat kejayaan kita tau. Ini lah antara contoh virus-virus yang menyerang minda kita tu. Virus akan masuk secara menyelinap, tanpa kita sedari. Bila dah ‘sakit’ baru sedar kan? Jadi, jom saya nak dedahkan kepada anda ‘pendinding’ yang power untuk menangkis halangan kejayaan anda ni. Dah ready? Sebelum kita mula, saya nak anda ambil sehelai kertas A4 (gunakan kertas recycle yang belakangnya kosong). Lipat kertas tersebut kepada dua bahagian secara menegak. Pegang pensel. Yang tak buat tu? Nak baca dulu? Terpulang kepada keselesaan anda.


Ok. Ingat tak lagi dalam bab 4 sebelumnya, sudahkah anda tetapkan objektif anda? Belum lagi? Tu la, kena buat sekarang. Yang dah buat, masih ingat lagi tak? Boleh hafal objektif anda? Bagus! Sekarang, saya nak anda tulis balik
objektif anda di bahagian tengah kertas yang ada depan anda tu. Tulis di bahagian atas, di tengah-tengah kertas (merentasi lipatan).



Sekarang, di bahagian kiri lipatan kertas anda, cuba anda tulis apakah halangan-halangan ataupun perkara yang anda tak suka terjadi dalam masa anda mengejar impian atau objektif anda tadi. Tak paham? Nak contoh? Lihat contoh di muka bawah ni. Tapi ingat, ini contoh je tau. Anda perlu tulis berdasarkan kehendak masing-masing. Jujur. Tak perlu malu sebab anda sorang saja yang tau. Proses ni boleh diibaratkan sebagai scanning.


Contoh:
“Saya akan mempunyai perniagaan runcit yang memenuhi kehendak pelanggan setempat dan mempunyai modal berbalik dalam masa 3 bulan.”




Contoh di atas mungkin hanya 12 senarai daripada berpuluh senarai yang anda fikirkan. Harus diingatkan, setiap individu pasti ada perkara tersendiri yang kita rasa tidak senang, tidak suka ataupun tidak mahu ianya terjadi. Nasihat saya, senaraikan seberapa banyak mungkin yang anda mampu senaraikan. Kalau mampu, 50 senarai ke atas. Kenapa perlu senaraikan perkara yang negatif ni?


Jawapan saya kepada persoalan anda di atas: Lebih banyak negatif atau kita namakan kontras disenaraikan, ianya akan membantu objektif anda yang anda tulis di atas kertas tadi menjadi lebih jelas. Tapi, bagaimana? Nak tahu, kita teruskan ke langkah yang kedua.


Langkah kedua yang anda perlu lakukan adalah, menjawab soalan, “Apakah yang saya mahu?”. Nanti dulu! Jangan jawab lagi. Saya nak, anda jawab berdasarkan senarai yang anda tulis tadi. Satu persatu. Tulis jawapan dalam ruangan sebelahnya pula (lihat contoh di bawah).


Sebelum anda menjawab juga, saya mahu anda tulis semua jawapan anda tadi dalam pernyataan positif. Apa dia pernyataan positif? Pernyataan positif anda tidak mengandungi perkataan ‘jangan’, ‘tidak’ ataupun ‘kalau’. Syarat kedua pula, anda mesti tulis pernyataan tersebut seolah-olah ianya benar-benar berlaku (bukan ayat yang menunjukkan ianya akan terjadi). Kurang faham? Kita lihat contoh di bawah.


Ok. Kita ambil contoh perkara pertama tadi seperti di gambar bawah:




Sekarang anda lihat ketiga-tiga jawapan tersebut. Jika diberi pilihan, jawapan mana yang membuatkan anda rasa teruja untuk memulakan perniagaan. Berdasarkan kajian, jawapan paling banyak diterima adalah Jawapan 2 dan Jawapan 3. Bagi yang betul-betul dapat merasakan kesan ayat-ayat tersebut, mereka akan pilih jawapn ke-3. Kenapa?


Ingat tak syarat-syarat yang saya berikan sebelum anda tulis jawapan tadi? Yang tak ingat, atau ingat-ingat lupa, saya ingatkan balik tiga syarat tersebut:

i. Tulis pernyataan dalam bentuk pernyataan positif.


ii. Tiada perkataan ‘jangan’, ‘tidak’ dan ‘kalau’.


iii. Pernyataan hendaklah seperti benar-benar berlaku sekarang



Sudah jelas mengapa jawapan ke-3 adalah pilihan terbaik? Belum lagi? Baiklah. Saya bantu anda untuk jelaskan lagi. Ketiga-tiga jawapan di atas adalah mematuhi syarat pertama dan kedua. Cuba lihat pada syarat ketiga. Jawapan pertama sudah terang lagi disuluh, ada perkataan ‘mahu mendapatkan’ yang menunjukkan anda akan membuatnya nanti. Jawapan kedua, “Saya sedang berusaha….”. Memang ianya menunjukkan sesuatu seperti sedang terjadi. Tapi, dari segi psikologinya, anda sedang berada dalam ‘pergelutan’ ataupun usaha keras untuk dapatkan modal. Keadaan ini mampu buatkan anda menjadi lebih stress atau tertekan. Stress atau tekanan boleh mendorong anda untuk berputus asa meneruskan impian anda.


Sekarang, lihat kembali jawapan ke-3. Jawapan ini seolah-oleh memberikan anda gambaran masa hadapan anda yang berjaya mendapatkan modal. Tapi, adakah ianya rasional sekiranya saya sarankan anda ‘berangan’ dengan membayangkan sesuatu yang belum dalam kepastian?


Sebelum menjawab persoalan tadi, saya nak kita berfikir sejenak. Pernah tak anda terfikir 20 tahun yang lalu, anda boleh membaca buku tanpa memegangnya secara fizikal seperti yang anda boleh lakukan sekarang? Adik beradik Wrights yang kedua-duanya bukan jurutera, mampu mencipta kapal terbang pertama tanpa mengetahui apa hasilnya dan bagaimana ia akan berfungsi? Ini adalah kerana, mereka membayangkan yang semuanya telah terjadi dan sedang terjadi (imaginasi secara logik). Jadi, hasil yang mereka dapat, adalah luar biasa! Ianya lebih daripada apa yang disangkakan akan terjadi!


Jadi, apa pula alasan untuk syarat pertama dan kedua yang saya telah berikan tadi? Kenapa hanya perlu positif? Kenapa tidak? Kenapa jangan? Kenapa tak boleh ada kalau? Kajian mendapati bahawa, minda kita tidak dapat menerima unsur negatif dan unsur positif secara serentak. Salah satu mesti menguasai yang satu lagi. Jadi, ianya terpulang kepada anda bagaimana hendak menjadikan positif itu suatu unsur yang mendominasikan. Kajian psikologi juga ada mengatakan jika terdapat unsur negatif, ia lebih cenderung menjadi dominan daripada unsur positif. Nak uji? Jom kita uji. Sekarang saya nak anda ikut arahan saya. Ingat, pastikan anda mengikut arahan ini betul-betul. Fokus.


Arahan: Saya tidak mahu anda bayangkan dalam minda anda sepohon pokok yang berwarna hijau. Jangan pandang buah warna kuning kat pohon tu! Tengok! Anda baru saja langgar arahan saya. Anda tetap bayangkan pokok dan buahnya bukan? Bukan kata anda, saya sendiri pun terbayang. Pakar telah berpendapat bahawa, minda kita akan menyingkirkan perkataan ‘jangan’, ‘tidak’ dan ‘kalau’ secara sendirinya. Jadi, arahan yang anda berikan kepada minda anda yang mengandungi perkataan-perkataan tersebut itu tadi sebenarnya arahan yang sia-sia. Jadi, daripada melakukan perkara sia-sia, lebih baik kita tinggalkan. Jumpa lagi di bab seterusnya dengan strategi yang lebih sempoi dan memberi IMPAK MAKSIMA kepada anda.

Formula Harian

Memuat...
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

1 Orang Komen Membina:

 

Jumlah Pelawat

Copyright © 2013. Nukeufo89's Blog - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger