2012 Bukan Kiamat Berdasarkan Qur'an dan Hadis

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Banyak cerita dan filem yang bercerita tentang prediksi terjadinya kiamat pada tahun 2012. Tetapi semuanya itu berdasarkan pada kisah dari mythologi yang dibungkus dengan gagasan teknologi.

Sebagai muslim, tentunya kita juga harus kritis dan berusaha mengambil tahu apakah yang sebenarnya terjadi.

Sesungguhnya rahsia tentang hari kiamat itu menjadi rahsia Allah. Tetapi Allah yang maha pengasih tentunya tidak akan membiarkan hambanya tanpa petunjuk. Jadi tentunya petunjuk-Nya tersebut ada dan tersembunyi pada Firmannya di dalam Al-Quran atau penjelasannya (Hadis Nabi SAW).

Perhatikan ayat berikut ini:
Surah Az Zukhruf 43:61. Dan sesungguhnya Isa itu benar-benar memberikan pengetahuan tentang hari kiamat. Kerana itu janganlah kamu ragu-ragu tentang kiamat itu dan ikutilah Aku. Inilah jalan yang lurus.

Terjemahan ayat itu tidak sesuai kerana ayat itu sama sekali tidak menuliskan Isa dan mengacaukan erti yang sesungguhnya. Jadi, perkataan yang sesuai ditulis sehingga menjadi:

Az Zukhruf 43:61. Dan sesungguhnya (Al-Quran) benar-benar memberikan pengetahuan tentang hari kiamat. Kerana itu janganlah kamu ragu-ragu tentang kiamat itu dan ikuti (Al-Quran). Inilah jalan yang lurus.

Jadi kalau kita berbicara tentang kiamat, maka kita harus berbicara dengan Al-Quran, tidak atas nama suku yang sudah punah, makhluk luar angkasa ataupun dengan hal yang lain.


Kiamat dalam Al-Quran

Apakah kita mengetahui bilakah tibanya hari kiamat itu? Perhatikan ayat berikut ini:

Surah Al-Fushshilat 41:47: Kepada-Nyalah dikembalikan pengetahuan tentang hari Kiamat. Dan tidak ada buah-buahan keluar dari kelopaknya dan tidak ada seorang perempuan pun mengandung dan tidak (pula) melahirkan, melainkan dengan sepengetahuan-Nya. Pada hari Tuhan memanggil mereka: "Dimanakah sekutu-sekutu-Ku itu?", mereka menjawab: "Kami nyatakan kepada Engkau bahawa tidak ada seorang pun di antara kami yang memberi kesaksian (bahawa Engkau mempunyai sekutu)."

Hanya Allah lah yang mengetahui waktunya. Apakah Allah memberikan tandanya kepada kita?
Ya. Allah sesungguhnya memberikan tanda-tandanya. Perhatikan ayat berikut ini:

Muhammad 47:18: Maka tidaklah yang mereka tunggu-tunggu melainkan hari kiamat (iaitu) kedatangannya kepada mereka dengan tiba-tiba, kerana sesungguhnya telah datang tanda-tandanya. Maka apakah faedahnya bagi mereka kesedaran mereka itu apabila Kiamat sudah datang?

Bukan hanya itu, Al-Quran memberikan suatu petanda yang lebih jelas mengenai waktunya pada ayat-ayat berikut ini:

Surah Al Qamar 54:1. Telah dekat datangnya saat itu dan telah terbelah bulan.

Surah Al Qiyyamah 75:8. Dan apabila bulan telah hilang cahayanya
(Ini boleh diertikan sebagai gerhana atau bulan yang sudah tidak mampu memantulkan cahaya matahari lagi kerana hancur).

Surah Al Qiyyamah 75:9: Dan matahari dan bulan dikumpulkan,
Dari ayat ini dapat disimpulkan yang terjadi adalah gerhana matahari dimana keadaan bulan ketika itu sudah hancur.


Tanda-tanda kiamat dalam Hadis

Ada banyak hadis yang bercerita tentang kiamat, tetapi di sini hanya akan diambil hadis yang berkaitan dengan langit saja.

Dari Hudzaifah bin Asid Al Ghiffari RA, katanya, Rasulullah SAW melihat kami ketika kami sedang berbincang-bincang seraya bertanya: "Apa yang sedang kalian perbincangkan?". Jawab sahabat; "Kami sedang berbincang-bincang mengenai hari kiamat". Sabda beliau, "Sesungguhnya dia (hari kiamat) tidak akan terjadi sebelum 10 tanda: Ad Dukhan, Dajjal, Dabbah, Matahari terbit dibarat, Isa Anak Maryam turun, Ya'juj Ma'juj, Gerhana di timur, Gerhana di Barat, Gerhana di Jazirah Arab, Api menyala di Yaman menghalau manusia ke padang Mahsyar."(HR Muslim No. 2466)

Kita akan menuliskannya secara ulangan dengan memberinya nombor berturutan seperti berikut;

1. Ad Dukhan
2. Dajjal
3. Dabbah
4. Matahari terbit dibarat
5. Isa Anak Maryam turun
6. Ya'juj Ma'juj
7. Gerhana di timur
8. Gerhana di Barat
9. Gerhana di Jazirah Arab
10. Api menyala di Yaman menghalau manusia ke padang Mahsyar

Kajian Teknologi Islam akan membahas hal yang dapat dihitung secara ilmu (ilmiah). Sedangkan hal lain untuk sementara akan dijadikan sebagai tambahan. Yang boleh kita hitung secara ilmu (ilmiah) hanya ada 3 hal iaitu:

1. Gerhana di Timur
2. Gerhana di Barat
3. Gerhana di Jazirah Arab

Jadi akan ada 3 jenis gerhana. Daripada 3 jenis itu maka yang paling mudah untuk dipecahkan adalah yang no. ke-9 iaitu gerhana di jazirah Arab.

Pertanyaannya adalah apakah itu gerhana matahari atau bulan? Kerana matahari itu sudah terbit dari barat (Tanda No. 4), maka kemungkinan yang terjadi adalah gerhana matahari, kerana kita tidak tahu apakah saat itu bulan masih ada atau tidak ada. Tetapi jika merujuk dari surah Al Qamar 54:1, maka saat itu bulan sudah terbelah, dan menurut surah Al Qiyyamah ayat yang ke-8 dan ke-9, matahari dan bulan dikumpulkan (dihimpunkan) yang bererti gerhana matahari...

Perhatikan gambar skema dari Gerhana Matahari dan Gerhana Bulan berikut ini:


Perhatikan pula bahawa bulan dan matahari dipisahkan oleh bumi:


Pada gambar terlihat bahawa Matahari dan bulan terdapat pada satu sisi (dikumpulkan)

lalu bagaimana dengan gerhana di Timur dan gerhana di Barat? Kalau kita berbicara dengan menggunakan konsep 'standard' gerhana seperti pada 2 gambar di atas, maka hal tersebut tidak mungkin terjadi secara bersamaan. Tetapi jika kita beranggapan gerhana sebagai 'alignment' planet dalam sistem suria kita, maka itu boleh terjadi. Dalam konsep ini, bumi menjadi acuan dari arah timur (sisi luar bumi yang menjauh dari matahari) dan barat (sisi luar bumi yang menuju ke matahari)

Perhatikan gambar berikut ini:


Perhatikan kembali ayat tentang ilmu berkenaan dengan hari kiamat ini:
Surah Az Zukhruf 43:61. Dan sesungguhnya (Al-Quran) benar-benar memberikan pengetahuan tentang hari kiamat. Kerana itu janganlah kamu ragu-ragu tentang hari kiamat itu dan ikuti (Al-Quran). Inilah jalan yang lurus.

Apakah 'alignment' inilah yang disebut jalan yang lurus? Wallahua'alam...


Apakah hal itu terjadi pada tahun 2012?

Perhatikan simulasi sistem suria berikut ini:
Simulasi posisi planet di dalam sistem suria. Masukkanlah tarikh yang ada tentang hari kiamat tahun 2012. Apakah yang akan terjadi pada 'alignment'? Cubalah beberapa variasi waktu... 'alignment' belum terjadi...



Rasulullah SAW bersabda: “Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah Zaman Kenabian itu sebagaimana yang ALLAH kehendaki. Kemudian ALLAH mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafa’ Ar-Rasyidin) yang berjalan seperti Zaman Kenabian. Maka berlakulah zaman itu, sebagaimana yang ALLAH kehendaki. Kemudian ALLAH mengangkatnya lalu berlakulah Zaman Pemerintahan yang menggigit (Zaman Fitnah). Berlakulah zaman itu sepertimana yang ALLAH kehendaki. Kemudian ALLAH mengangkatnya pula. Kemudian berlakulah zaman penindasan dan penzaliman (pemerintahan diktator) dan berlakulah zaman itu sepertimana yang ALLAH kehendaki. Kemudian berlaku pula Zaman Kekhalifahan (Imam Mahdi dan Nabi Isa) yang berjalan di atas cara hidup Zaman Kenabian.” Kemudian baginda diam. (Riwayat Ahmad).

Hadis dari Abu Zarr: Daripada Abdullah, Nabi SAW bersabda: “Jika umur dunia tinggal sehari sahaja nescaya ALLAH SWT memanjangkan hari itu sehingga bangkit padanya seorang lelaki dari keturunanku atau dari kaum keluargaku, yang namanya menyerupai namaku, dan nama bapanya menyerupai nama bapaku, ia akan memenuhi bumi dengan keadilan dan saksama sebagaimana (sebelumnya) bumi dipenuhi kezaliman dan kekejaman”. (Riwayat Abu Daud dan Tarmizi).

Daripada Zarr yang diambil dari Abdulllah mengenai sabda Nabi SAW: “Tidak hilang atau tidak tamat umur dunia sehinggalah bangsa Arab dikuasai oleh seorang lelaki dari ahli keluargaku, namanya menyamai namaku.” (Riwayat Abu Daud).

Daripada Abi Said bahawa Rasulullah SAW pernah berkata: Tidak tamat umur dunia sehinggalah bumi ini dikuasai oleh seorang lelaki dari keluargaku, dia memenuhi bumi ini dengan keadilan sebagaimana dipenuhi sebelumnya dengan kedurjanaan, dia memerintah selama tujuh tahun. (Riwayat Abu Naim).

Itulah dia Jadual ALLAH untuk kita umat Islam di akhir zaman ini. Kerana demikianlah kasih sayang yang ALLAH limpahkan kepada hamba-Nya yang telah terbiar dalam keadaan berdosa dan kejahilan setelah sekian lamanya.

Umat Nabi Muhammad seperti diterangkan terdapat 5 Fasa, dan kita sekarang berada di fasa yang ke 4 yang ditakdirkan fasa Zaman Fitnah. Fasa ke 4 tidak diterangkan penghujungnya akan tetapi diterangkan pada fasa ke 5 yang berlaku selama 40 tahun melalui hadis Baginda Nabi Muhammad SAW; "Sebelum hari kiamat, pastilah Islam itu bangun semula walaupun antara mulanya Islam bangun dan mula kiamat hanya sekadar masa memerah susu kambing. Zaman itu berlaku selama empat puluh tahun dan kemudian barulah dunia ini dibinasakan."

Polemik hari kiamat bukan perkara baru. Ia sudah bermula sejak Nabi Muhammad SAW (selawat dan salam buat beliau) masih hidup lagi. Jibril (salam ke atasnya) pernah menguji Nabi tentang hari kiamat dan para sahabat pernah bertanya kepada Nabi ‘bilakah hari kiamat?’

Beriman dengan hari kiamat termasuk salah satu rukun iman yang wajib diyakini oleh setiap orang Islam. Ia bukan semata-mata ajaran Nabi Muhammad SAW, bahkan ajaran semua nabi-nabi sebelum baginda termasuk ajaran umat Yahudi dan Kristian. Justeru itu, tidak hairanlah apabila ada filem Barat yang menggambarkan hari kiamat persis disebutkan oleh Al-Quran dan Sunnah Nabi.

Sahabat Nabi bernama Abu Hurairah (semoga Allah redha kepada beliau) menceritakan pada suatu hari seorang lelaki Arab Badwi datang bertanya kepada Nabi, “Bilakah hari kiamat?” Ketika itu Nabi sedang berucap, dan tidak mengendahkan soalan itu. Namun setelah tamat Nabi berucap maka Nabi pun berkata, “Manakah orang yang bertanya tentang hari kiamat tadi?” Lelaki itu berkata, “Aku wahai Rasulullah”. Nabi menjawab, “Kiamat akan datang apabila amanah telah disia-siakan”. Orang itu bertanya lagi mendapatkan penjelasan, “Bagaimanakah mensia-siakan amanah itu?”. Nabi menjawab, “Apabila urusan diserahkan kepada yang bukan ahlinya, maka tunggulah kiamat.” (Maksud Hadis Bukhari dan Ahmad).

Bukan sahaja Nabi Muhammad, bahkan para malaikat termasuk Israfil tidak mengetahui bilakah detik dan ketika itu. Walhal, Israfil ditugaskan untuk meniup trompet sangkakala ketika terjadinya kiamat. Sehingga Nabi menyatakan malaikat Israfil tidak mengedipkan matanya sejak ditugaskan memegang trompet sangkakala menanti perintah Allah.

“Sesungguhnya pandangan pemilik trompet sangkakala (malaikat Israfil) sejak dipasrahkan kepadanya telah bersedia melihat ke Arasy, khuatir ia diperintahkan sebelum sempat mengedipkan matanya seakan-akan kedua matanya adalah dua bintang yang menyala-nyala.” (Hadis sahih daripada Al-Hakim).

Dalam satu hadis yang lain pula Nabi menjelaskan bahawa;
“Bagaimana boleh aku berasa tenteram dan tenang, sementara Malaikat Israfil telah meletakkan trompet ke dalam mulutnya, menumpukan perhatian dan memusatkan pendengarannya sambil menunggu perintah untuk meniupnya…” (Hadis sahih daripada Imam Tirmizi).


Hikmah rahsia hari kiamat

Hikmah Allah merahsiakan hari kiamat kepada seluruh maklum, sama seperti hikmah Allah merahsiakan waktu kematian bagi setiap manusia. Bahkan kematian juga disebut sebagai ‘kiamat kecil’ bagi manusia.

Pengarang Tafsir Ruhul Ma’ani, Imam Mahmud Syukri Al-Alusi (w. 1270 H) menyatakan satu dari hikmah dirahsiakan hari kiamat ialah, “menjadi pendorong kepada manusia untuk sentiasa beribadah dan menghalang daripada melakukan maksiat.”

Oleh yang demikian itu, setiap kali umat manusia melihat tanda-tanda kiamat sudah wujud, mereka pun berasa takut terhadap kiamat dan huru-haranya. Keimanan mereka pun bertambah dan akan segera mempertingkatkan amal soleh.

Nabi pernah berpesan, “Bersegeralah melakukan amal soleh sebelum tiba enam perkara, iaitu terbitnya matahari dari barat, keluarnya asap, munculnya binatang melata (ad-dabbah), kematian atau hari kiamat.” (Hadis Muslim).

Sesungguhnya orang yang beriman itu ialah orang yang apabila disebutkan Allah maka gementar hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayat-Nya (ayat-ayat Allah) akan bertambahlah iman mereka, dan kepada Rab (Tuhan) mereka bertawakal. ( Surah an-Anfal : Ayat 2 ).

Wallahua'alam...

*Nota kaki: 'Alignment' bermaksud penjajaran/landasan.

Kejadian Tahun 2012

4 ulasan:

  1. Terima kasih, mohon share wahai saudara.

    Semoga kita sentiasa berada di "alignment" yang betul, Amin...

    BalasPadam
  2. wah kalo sih kagak percaya ma gituan gan...smuanx da tentukan ma tuhan,,,

    BalasPadam
  3. Betul tu, tak campur lagi dengan 3 tiupan sangkakala oleh malaikat Isrofil.
    Tiupan pertama - Membinasa, menggegarkan bumi dan lautan.
    Tiupan Kedua- Mematikan semua Makhluk yang hidup.
    Tiupan Ketiga- menghidupkan kembali semua makhluk.

    BalasPadam
  4. setuju sangat pendapat bro...:X lagi... ada sesape yg nak komen lagi...?:-/

    BalasPadam